Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2021

PERUTUSAN TUAN YANG TERUTAMA PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA HARI PENUBUHAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA KE 16 TAHUN 2021

Imej
Terbitan  Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 157 Keluaran  30hb Ogos 2021 PERUTUSAN TUAN YANG TERUTAMA PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA HARI PENUBUHAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA KE 16 TAHUN 2021 31 OGOS 2021 Marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat merayakan sambutan ulang tahun penubuhan Parti  Pembangunan Bangsa yang ke 16 Tahun 2021. Ini merupakan kali kedua dalam sejarah  parti mengadakan sambutan  secara norma baharu kerana keperluan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam yang  sedang berkuatkuasa di negara kita. Walaupun sambutan pada tahun ini diadakan dalam negara  berhadapan dengan pandemik covid19, semangat dan keterujaan kita semua untuk sama sama mengingati hari  penting yang pasti menjadi lipatan  sejarah  Parti Pembangunan Bangsa dalam arena politik negara. Saudar...

PARTI PEMBANGUNAN BANGSA SALURKAN BANTUAN KEPADA BARISAN HADAPAN MENANGANI PENULARAN COVID 19 DIDAERAH TEMBURONG.

Imej
Terbitan  Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 156 Keluaran  28hb Ogos 2021 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA  SALURKAN BANTUAN KEPADA BARISAN HADAPAN MENANGANI PENULARAN COVID 19  DIDAERAH TEMBURONG. Limbaruh Hijau, Jerudong 28hb Ogos 2021  -     Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menghulurkan bantuan berupa makanan ringan, air mineral dan barangan keperluan lain untuk keperluan bagi pesakit dan para frontliner yang sedang menjalani kurantin terkait covid 19 bagi Daerah Temburong. Sumbangan tersebut langsung diserahkan oleh Naib Presiden NDP Daerah Temburong Saudara Hj Md Zaini Bin Bakar kepada pegawai dan petugas yang mengendalikan pusat pengumpulan bantuan untuk pusat kurantin berkenaan. NDP merasa terpanggil untuk bersama sama kerajaan dalam memberikan dukungan dan sokongan terhadap apa jua masalah yang ditanggung oleh Negara baik didalam aman mau pun semasa kegawatan seperti menghadapi bencana wabak covid 19 ini. NDP berdoa semoga Negara kita Brunei Darus...

DIRGHAYU 16 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 155 Keluaran  23hb Ogos 2021 Menjunjung Titah Membangun Bangsa

UCAPAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 9

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 154 Keluaran  22hb Ogos 2021 UCAPAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 9 Limbaruh Hijau ,Jerudong 22hb Ogos 2021 -        Parti Pembangunan Bangsa mengucapkan tahniah diatas lantikan Yang  Amat Berhomat Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.  Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada Sabtu 21hb Ogos 2021 jam 2.30 petang dihadapan Seri Paduka Duli Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah . Parti Pembangunan Bangsa berharap semoga kemelut politik yang melanda Negara Malaysia akan dapat diselesaikan dengan baik berdasarkam perlembagaan dan perundangan negara tersebut dengan baik dan  berjaya. Dan NDP berdoa semoga Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri akan dalam menyelesaikan penularan Covid 19 d...

MENYUSURI TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN OMAR’ALI SAIFUDDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGENAI COVID 19 17HB OGOS 2021

Imej
  T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 153 Keluaran  18hb Ogos 2021 MENYUSURI TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA   PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOKIAH  MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN OMAR’ALI SAIFUDDIEN  SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGENAI COVID 19 17HB OGOS 2021 Limbaruh Hijaau, Jerudong, Bandar Seri Begaawan, 18 Ogos 2021 –           Parti  Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih atas perkenaan titah perutusan khas Kebawah DYMM menyangkut masaalah covid 19 di Negara Brunei Darussalam.  Negara Brunei Darussalam  ketika ini sedang menghadapi gelombang pandemic yang begitu membimbangkan. Lebih setahun sejak Covid-19 melanda negara ini, kita berada didalam keadaan yang begitu aman dan terkawal dari penularan Covid-19 ini. Namun sejak beberapa hari yang lalu, negara telah dikejutkaan dengan terdapatnya kes-kes positif yang baru yang mana hingga kehari ini,...

Selamat Menyambut Tahun 1443 Hijrah

Imej
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa    Bil 152 Keluaran  9hb Ogos 2021

PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA KEDATANGAN AWAL MUHARRAM 1443H

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 151 Keluaran  9hb Ogos 2021 PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA KEDATANGAN AWAL MUHARRAM 1443H 1 Muharram 1443H/10hb Ogos 2021 Di panjatkan syukur kehadarat Allah SubhanahuWata’ala kerana dengan limpah dan kurnia serta rahmat nya jua dapat kita melangkah ditahun Baru Hijrah 1443 ini. Selawat serta salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat Baginda serta pengikut-pengikut Baginda yang setia hingga keakhir zaman. Saudara Saudari Sekalian, Saya mewakili Seluruh Kepimpinan dan Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan selamat menyambut kedatangan Awal Tahun Baru 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam dan penduduk Negara ini serta umat Islam di seluruh dunia pada amnya. Hijrah dari lipatan sejarah merupakan zaman bermulanya tamadun dan kegemilangan Islam yang telah dibina oleh Umat Nabi Muhammad SAW dengan membawa ciri-ciri kemuliaan dalam kehidupan, membina akhlak dan keperibadian sebagai tunjang ke...

MESYUARAT KHAS DEWAN HARIAN

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 150 Keluaran  9hb Ogos 2021 MESYUARAT KHAS DEWAN HARIAN Limbaruh Hijau 9hb Ogos .       Dewan Harian telah mengadakan satu  mesyuarat khas yang telah berlangsung dianjung Syura Markas Pusat Jerudong. Mesyuarat khas tersebut adalah untuk mengambil keputusan bagi penundaan Kongres Agong Tahunan ke 16 tahun 2021 yang dijadualkan berlangsung pada penghujung bulan ogos 28-29hb Ogos 2021 yang mana ianya ditunda pada satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian. Dalam ucapan mukadimah Tuan Yang Terutama , beliau melahirkan rasa kesedihan diatas keadaan semasa mengenai penularan wabak covid 19 yang melanda negara. Taklimat mengenai keadaan semasa telah disampaikan oleh Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus. Hadir pada mesyuarat khas tersebut ialah Pemangku Presiden , Timbalan Presiden , Bendahari Agong Saudara Mohd Abdullah Peter Bin Abdullah Saging yang juga merangkap pemangku Naib Presiden Daerah Tutong , Pemangku...

MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA MARKAS PUSAT

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 149  Keluaran 9hb Ogos 2021 MAKLUMAN PENUTUPAN SEMENTARA MARKAS PUSAT ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA BAHAWA MARKAS PUSAT ADALAH DENGAN INI DI TUTUP SEMENTARA BERKUATKUASA PADA 10HB OGOS 2021 SEHINGGA SATU MASA YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN . WALAUBAGAIMANA PUN JIKA  TERDAPAT  SEBABARANG PERTANYAAN ATAU URUSAN SILA BERHUBUNG TERUS KEPADA SETIAUSAHA AGONG DI TALIAN :    ADAPUN PENUTUPAN SEMENTARA MARKAS INI  DIBUAT BERDASARKAN KEPADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT DALAM MESYUARAT DEWAN HARIAN KHAS YANG BERSIDANG PADA PETANG 9HB OGOS 2021 . BAGI PIHAK KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI  INGIN MEMOHON MAAF  DIATAS PENUTUPAN  INI DAN  SEBARANG  KESULITAN ADALAH AMAT DIKESALI . SEKIAN HARAP MAKLUM SETIAUSAHA AGONG          PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

MAKLUMAN PENUNDAAN MAJLIS PENYERAHAN ALAT ALAT KEBESARAN KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 148  Keluaran 9hb Ogos 2021 MAKLUMAN PENUNDAAN MAJLIS PENYERAHAN ALAT ALAT KEBESARAN KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021 ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA BAHAWA MAJLIS PENYERAHAN ALAT ALAT KEBESARAN KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021 YANG DIJADUALKAN AKAN BERLANGSUNG PADA 14 HB OGOS 2021 BERSAMAAN DENGAN 4 MUHARAM 1443 ADALAH DENGAN INI DI TUNDA KEPADA SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. ADAPUN PENUNDAAN INI  DIBUAT BERDASARKAN KEPADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT DALAM MESYUARAT DEWAN HARIAN KHAS YANG BERSIDANG PADA PETANG 9HB OGOS 2021 . TARIKH DAN JADUAL MAJLIS PENYERAHAN ALAT ALAT KEBESARAN KONGRES KE 16 YANG BARU AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI SIARAN MEDIA SOCIAL .BAGI PIHAK KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI DAN PANATIA KONGRES INGIN MEMOHON MAAF DIATAS PENUNDAAN INI.  SEKIAN HARAP MAKLUM SETIAUSAHA AGONG PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

MAKLUMAN PENUNDAAN KONGRES KE 16

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 147  Keluaran 9hb Ogos 2021 MAKLUMAN PENUNDAAN KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021 ADALAH DENGAN INI DIMAKLUMKAN KEPADA SEMUA AHLI AHLI PARTI PEMBANGUNAN BANGSA BAHAWA KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021 YANG DIJADUALKAN AKAN BERLANGSUNG PADA 28-29 HB OGOS 2021 BERSAMAAN DENGAN 19-20 MUHARAM 1443 ADALAH DENGAN INI DI TUNDA KEPADA SATU TARIKH YANG AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN. ADAPUN PENUNDAAN INI  DIBUAT BERDASARKAN KEPADA KEPUTUSAN YANG DIBUAT DALAM MESYUARAT DEWAN HARIAN KHAS YANG BERSIDANG PADA PETANG 9HB OGOS 2021 . TARIKH DAN JADUAL KONGRES KE 16 YANG BARU AKAN DIMAKLUMKAN MELALUI SIARAN MEDIA SOCIAL .BAGI PIHAK KEPIMPINAN TERTINGGI PARTI DAN PANATIA KONGRES INGIN MEMOHON MAAF DIATAS PENUNDAAN INI.  SEKIAN HARAP MAKLUM SETIAUSAHA AGONG PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

PERSIDANGAN HIMPUNAN TAHUNAN HIMPUNAN WANITA KE 16 TAHUN 2021

Imej
T erbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 146  Keluaran 7hb Ogos 2021 PERSIDANGAN HIMPUNAN TAHUNAN HIMPUNAN WANITA KE 16 TAHUN 2021     Limbaruh Hijau , 7hb Ogos 2021 , Jerudong -  Himpunan Tahunan Himpunan Wanita kali Ke 16 Tahun 2021 telah berlangsung sejurus  selesai  majlis perasmian ditangguh. Himpunan seperti lazimnya ditahun tahun yang lalu telah diadakan bagi mendengarkan rumusan kegiatan sepanjang tahun 2020 - 2021 dan mendengarkan isu - isu semasa yang disampaikan melalui usul yang dibentangkan dan akan dibawa dalam pembentangan usul dikongres yang akan diadakan pada 28hb & 29hb Ogos 2021 akan datang.  Turut hadir pada persidangan  tersebut ia Pemangku Naib Presiden Daerah Brunei Muara Saudari Dr.Hjh Rayah Binti Mohd Ali dan ahli ahli exco himpunan Wanita. Persidangan  telah dipengerusikan oleh Puan Pengerusi Tetap Himpunan Wanita, Saudari Halimah binti Janai. Dalam persidangan tersebut beberapa usul yang telah diangkat ke...