PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA KEDATANGAN AWAL MUHARRAM 1443H

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 151 Keluaran 9hb Ogos 2021




PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN
SEMPENA KEDATANGAN AWAL MUHARRAM 1443H

1 Muharram 1443H/10hb Ogos 2021




Di panjatkan syukur kehadarat Allah SubhanahuWata’ala kerana dengan limpah dan kurnia serta rahmat nya jua dapat kita melangkah ditahun Baru Hijrah 1443 ini.


Selawat serta salam keatas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan kaum kerabat Baginda serta pengikut-pengikut Baginda yang setia hingga keakhir zaman.


Saudara Saudari Sekalian,


Saya mewakili Seluruh Kepimpinan dan Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan selamat menyambut kedatangan Awal Tahun Baru 1443 Hijrah kepada seluruh umat Islam dan penduduk Negara ini serta umat Islam di seluruh dunia pada amnya.


Hijrah dari lipatan sejarah merupakan zaman bermulanya tamadun dan kegemilangan Islam yang telah dibina oleh Umat Nabi Muhammad SAW dengan membawa ciri-ciri kemuliaan dalam kehidupan, membina akhlak dan keperibadian sebagai tunjang kepada pembinaan temadun yang dimaksudkan.


Sumber kekuatan umat dan para sahabat juga dengan ketaatan melaksanakan suruhan dan tuntut Allah SWT dengan sifat keberanian dan kesabaran merupakan kelebihan dalam menggalas tugas dan tanggungjawab dalam penyebaran syiar Islam sehingga berkembang keseluruh dunia.


Dari itu generasi hari ini sewajarnya mencontohi ciri dan kepimpinan zaman permulaan Hijrah sebagai pedoman kita dimasakini dan akan datang baik kepada para pemimpin, umat, dan para penggerak perjuangan dengan sentiasa berpegang kepada sifat kesabaran dan kesetiaan serta redha dan rela berkorban demi perjuangan membantu Negara, membantu Raja dalam menegakkan kebenaran dan mencegah kebathilan.


Di akhir tahun Hijrah pada tahun ini dan permulaan tahun baru hijrah 1443 ini negara kita kembali dilanda wabak covid19 setelah lebih dari setahun yang lalu Negara sudah reda dari jangkitan wabak berkenaan.


Keadaan ini menyebab pihak Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan telah membuat dan menerapkan arahan serta aturan seperti tahun bermulanya wabak melanda Negara awal tahun 2020 masehi.


Kita berdoa semoga pihak Kerajaan melalui Kementerian Kesihatan dan agensi-agensi yang lain terutama mereka yang berada dibahagian hadapan dapat menjalankan tugas dengan baik dan berhasil membendung penularan wabak covid 19 dengan cepat dan berdoa agar mereka diberikan ketabahan dan kekuatan serta terhindar dari marabahaya yang tidak diingini.


Kepada mereka yang telah terjangkit wabak berkenaan kita berdoa semoga mereka akan cepat sembuh dan kembali ke pangkuan keluarga.


Dalam pada itu saya menghimbau kepada seluruh Ahli-ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dan kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam agar dapat menjaga kesihatan masing-masing dan sentiasa patuh pada arahan dan aturan yang dikeluarkan oleh pihak Kerajaan dalam kita sama-sama membendung penularan wabak berkenaan.


Pihak Parti Pembangunan Bangsa (NDP) akan sedia memberikan kerjasama, sokongan dan dukungan kepada pihak Kerajaan dalam sama-sama mencegah dan membasmi penularan wabak covid 19 ini dan mendoakan Negara akan beroleh kejayaan dalam apa jua usaha dan langkah menangani wabak berkenaan.


Akhirnya sekali lagi saya mengucapkan selamat Menyambut Tahun Baru 1443 Hijrah.



   Menjunjung Titah Membangun Bangsa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA