PARTI PEMBANGUNAN BANGSA SALURKAN BANTUAN KEPADA BARISAN HADAPAN MENANGANI PENULARAN COVID 19 DIDAERAH TEMBURONG.

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 156 Keluaran 28hb Ogos 2021






PARTI PEMBANGUNAN BANGSA  SALURKAN BANTUAN KEPADA BARISAN HADAPAN MENANGANI PENULARAN COVID 19  DIDAERAH TEMBURONG.



Limbaruh Hijau, Jerudong 28hb Ogos 2021  -    Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menghulurkan bantuan berupa makanan ringan, air mineral dan barangan keperluan lain untuk keperluan bagi pesakit dan para frontliner yang sedang menjalani kurantin terkait covid 19 bagi Daerah Temburong.



Sumbangan tersebut langsung diserahkan oleh Naib Presiden NDP Daerah Temburong Saudara Hj Md Zaini Bin Bakar kepada pegawai dan petugas yang mengendalikan pusat pengumpulan bantuan untuk pusat kurantin berkenaan.



NDP merasa terpanggil untuk bersama sama kerajaan dalam memberikan dukungan dan sokongan terhadap apa jua masalah yang ditanggung oleh Negara baik didalam aman mau pun semasa kegawatan seperti menghadapi bencana wabak covid 19 ini.



NDP berdoa semoga Negara kita Brunei Darussalam akan segera terlepas dari penularan wabak covid 19 ini dan rakyat akan kembali kepada kehidupan sedia kala. Kepada mereka yang masih dirawat semoga mereka akan segera sembuh dan kepada mereka yang telah kembali kerahmatullahi kita mendoakan semoga roh mereka di cucuri rahmat oleh Allah S.W.T dan syahid. Kepada para petugas frontliner diharapkan awda semua tetap sehat dan semangat dalam menjalankan tugas suci dan mulia ini. Aamiin...



Menjunjung Titah Membangun Bangsa.

Ulasan

  1. Alhamdulillah kita bantu mengikut kemampuan kita
    Sabas NDP tidak camahmata
    bantu setakat yang kita mampu Diucapkan terima kaseh kapada NP DserahTemburong yangyang telah mengurus bantuan tersebut

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. semoga dipermudahkan segala urusan..

    BalasPadam
  3. Alhamdulillah dan syabas👍🏻👍🏻🇧🇳

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA