MENYUSURI TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN OMAR’ALI SAIFUDDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM MENGENAI COVID 19 17HB OGOS 2021

 Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 153 Keluaran 18hb Ogos 2021






MENYUSURI TITAH


KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA  PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN OMAR’ALI SAIFUDDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM


MENGENAI COVID 19

17HB OGOS 2021


Limbaruh Hijaau, Jerudong, Bandar Seri Begaawan, 18 Ogos 2021 –           Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih atas perkenaan titah perutusan khas Kebawah DYMM menyangkut masaalah covid 19 di Negara Brunei Darussalam. Negara Brunei Darussalam  ketika ini sedang menghadapi gelombang pandemic yang begitu membimbangkan. Lebih setahun sejak Covid-19 melanda negara ini, kita berada didalam keadaan yang begitu aman dan terkawal dari penularan Covid-19 ini.


Namun sejak beberapa hari yang lalu, negara telah dikejutkaan dengan terdapatnya kes-kes positif yang baru yang mana hingga kehari ini, ianya menampakkan pertambahan yang drastik dari hari kehari yang tidak terduga. 


Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negaara Brunei Darussalam dalam titah perutusan Baginda semalam menyuarakan kebimbangan yang amat mendalam berhubung perkara ini. Baginda merasa terpanggil untuk mengurniakan titah  perutusan semalam berikutan bertambahnya kes-kes local dismping beberapa kes impot yang sedang melanda negara.


Menurut Baginda, “Selaku umat yang ber ‘akidah, kita memahami bahawa tidak turun sesuatu bala melainkan hanya kerana dosa jua, dan tidak berundur bala itu kecuali dengan taubat atau istighfar sahaja”.


Baginda menekankan, bahawa Allah SWT sejak dulu lagi telah mengisyaratkan seperti didalam firmanNya dalam Al-Quran surah Hud ayat 22 yang tafsirnya “Wahai kaum ku (kaum Nabi Hud), mintalah ampun kepada tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepaadaNya supaya Dia (Allah) menghantarkan kepada kamu hujan yang lebat (rahmat) dan akan menambahkan lagi kekuatan kamu disamping kekuatan yang sedia ada, dan janganlah kamu membelakangi suruhan Ku dengan terus melakukan dosa” Baginda menambah, “Inilah antara ayat istighfar yang menggalakkan kita supaya bertaubat,dan manakala taubat itu telah berlaku, maka Allah pun berjanji akan menurunkan rahmatNya termasuk in sya Allah menarik balik bencana dan penyakit bahkan akan menambahkan lagi kekuatan kita yang sedia ada. Ada pun kekuatan itu disini boleh saja disebut sebagai kesihatan, kemakmuran dan keselamatan in-sya Allah”.


Memetik dari titah baginda itu, sayugialah diingat bahawa kita selaku rakyat yang berakidah, harus melihat kedalam diri, kerana tidak turun sesuatu bala itu melainkan kerana dosa dosa kita, dan langkah menanganinya selain dari usaha yang dijalankan adalah dengan kembali kepadaNya (Allah) dengn bertaubat bersungguh-sungguh, agar segala bencana seumpama ini akan diangkat Allah disamping melimpahkan rahmat kepadaa kita yang berupa kesihatan, kemakmuran dan keselamatan.


Parti Pembangunan Bangsa juga turut terpanggil bagi memberikan pandangan, dengan memberikan saranan kepada pihak-pihak berkenaan untuk menyediakan garis pandu bagi menunaikan solat sunat taubat dan solat sunat tolak bala yang boleh dikerjakan  dirumah masing masing bagi  diwar-warkan melalui media social dan yang seumpaamanya. Semoga atas rasa tanggung jawab rakyat menyahut seruan baginda itu akan dapat membersihkan negara ini dari segala wabak dan bala bencana dan mengurniakan keselamatan dan kemakmuran yang berterusan kepada rakyat dan negara.


Menjunjung Titah Membangun Bangsa

 


Ulasan

  1. Alhamdulillah mudah mudahan masyarakat di negara ini akan sedar kerana semua penyakit yang di turunkan sebagai ujian, menyedarkan kita selaku manusia agar balik kepangkal jalan mengikut ajaran Islam (Al Quran) semoga masyarakat kita di negara ini dan seluruh manusia di muka bumi ini dilindungi Allah S.W.T, daripada segala penyakit yang tidak diingini terjadi kepada seluruh manusia dimuka bumi ini. Aamiin..

    BalasPadam
  2. Wajar bagi setiap rakyat turut merasa bertanggungjawab demi cintakan negara. Penyertaan setiap rakyat memohon keampunan kepada Allah agar negara terlepas dari segala bala bencana adalah sesuatu yang amat bermakna dan tinggi nilainya

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA