PERUTUSAN TUAN YANG TERUTAMA PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA HARI PENUBUHAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA KE 16 TAHUN 2021

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 157 Keluaran 30hb Ogos 2021






PERUTUSAN TUAN YANG TERUTAMA PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA HARI PENUBUHAN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA KE 16 TAHUN 2021

31 OGOS 2021







Marilah kita memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya kita dapat merayakan sambutan ulang tahun penubuhan Parti  Pembangunan Bangsa yang ke 16 Tahun 2021.

Ini merupakan kali kedua dalam sejarah  parti mengadakan sambutan  secara norma baharu kerana keperluan untuk mematuhi SOP yang ditetapkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan yang dikeluarkan oleh kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam yang  sedang berkuatkuasa di negara kita.

Walaupun sambutan pada tahun ini diadakan dalam negara  berhadapan dengan pandemik covid19, semangat dan keterujaan kita semua untuk sama sama mengingati hari  penting yang pasti menjadi lipatan  sejarah  Parti Pembangunan Bangsa dalam arena politik negara.


Saudara-Saudari,

Dalam pada itu usia parti sudah bertambah dan pastinya telah bertambah matang, sehubungan dengan itu saya ingin mengajak saudara dan saudari, ahli ahli parti umum nya membaharui  semangat dan tujuan dan memperbaharui tekad menegakkan perjuangan parti kita yang kita cintai ini.

Saya berasa agak terkilan kerana tidak dapat bertemu mata dan berjabat tangan dengan saudara dan saudari sekalian seperti kebiasaan dalam sambutan sambutan penubuhan parti sebelum ini. Namun kita harus terima hakikat bahawa inilah norma baharu yang perlu kita amalkan dalam tempoh kita masih sedang berperang melawan COVID-19. InsyaAllah, walaupun kita jauh di mata, tetapi pastinya kita semua sentiasa dekat di hati sebagai pejuang bangsa dan negara.

Marilah kita sama-sama doakan semoga wabak COVID-19 yang sedang melanda negara kita pada ketika ini segera berakhir.

Mudah mudahan pada tahun hadapan kita akan dapat mengadakan sambutan penubuhan ini secara fizikal seperti biasa dalam suasana yang tentunya lebih meriah.


Dikesempatan ini saya ingin merakamkan ucapan tahniah kepada semua barisan kepimpinan parti dalam Majlis  Tertinggi, sayap Himpunan Pemuda,  Himpunan Wanita dan Himpunan Hal Ehwal Non Muslim serta kepimpinan badan badan perhubungan di seluruh negara yang telah menabur jasa dan berjuang selama parti ini ditubuhkan.


Dalam situasi sebegini saya ingin mendoakan mudah-mudahan saudara dan saudari semua sentiasa dapat menjalankan amanah dan menunaikan tanggungjawab dengan sebaik mungkin dalam memastikan misi dan visi tidak diketepikan .


Tahun ini merupakan penggal terakhir bagi barisan kepimpinan 2019-2021. Sehubungan dengan itu, saya  ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua barisan kepimpinan parti bagi penggal yang lalu atas segala sumbangan dan jasa bakti anda kepada parti.



Saudara Saudari ,

16 tahun merupakan satu angkah yang panjang , dalam konteks kedewasaan berparti pula kita telah berjaya mengadakan 16 kali sambutan , 5 pemilihanraya umum parti dan bermacam macam lagi perkembangan yang sudah pasti menambah pengelaman parti kita sendiri.


Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Di awal beberapa  bulan yang lalu merupakan satu tempoh yang amat mencabar buat parti kita dalam membuat persiapan yang rancak menuju ke kongres agong tahunan ke 16 dan Pada awal bulan ogos yang lepas , beberapa majlis telah pun diadakan.Dan ada 2 majlis terpaksa ditunda .ini semua adalah takdir Allah jua , dalam segala persiapan yang rapi untuk mengadakan kongress agong tahun , kongres terpaksa kita tunda.
 
Tiada siapa yang dapat menduga bahawa kita semua diletakkan dalam satu keadaan yang agak rumit yang menuntut kita untuk mengambil banyak keputusan dan tindakan secara berhemah dan berhikmah. Hanya bertawakkal kepada Allah dan reda akan ketentuan-Nya dalam banyak keputusan yang saya ambil untuk mengemudi parti.

Saudara saudari,

Dalam awal tahun dalam suku pertama  3 tahun kebelakangan ini perjalanan parti dibawah kepimpinan saya dan rakan rakan seperjuangan khususnya majlis tertinggi, dalam keadaan tampuk kepimpinan  yang masih baharu seolahnya dilanda badai yang ganas di lautan yang bergelora dan alhamdulillah satu demi satu cabaran kita hadapi dengan cekal dan sabar.


Saya menyedari dan sangat tahu hala tuju dan masa depan parti kita amat bergantung kepada bagaimana kita mengemudi parti dalam suasana yang mencabar kebijaksanaan barisan pimpinan parti dan kesabaran ahli-ahli.


Tetapi hakikatnya, keputusan ini telah membuka lembaran baharu buat parti kita yang kita yakini selari dengan matlamat perjuangan parti dan menjanjikan masa depan yang lebih baik untuk agama, bangsa dan negara kita.


Saya yakin dan penuh percaya di atas kerjasama semua barisan kepimpinan, kita akan berjaya mengemudi layar ke satu  politik baharu atau a new political coalition yang ianya sudah pasti menjadi satu pencapaian penting dalam sejarah politik negara kita yang pastinya akan melakar banyak kejayaan dalam waktu waktu yang mendatang, insya-Allah.


Saudara dan saudari sekalian,


Pilihanraya umum bagi kepimpinan 2021-2024,


Sepertimana yang semua maklum bahawa parti kita telah mengadakan pemilihan bagi kepimpinanan 2021-2024 dan semua keputusan muktahirnya seharusnya akan dimaklumkan dalam Kongres Agong ke 16 yang telah dijadualkan akan berlangsung pada 28hb - 29hb Ogos 2021.


Walaubagaimanapun diatas keadaan yang memaksa, saya dan rakan rakan Dewan Harian telah mengadakan mesyuarat khas bagi membincangkan  perkara ini dalam negara bergelut memerangi covid19 ini. Dan alhamdulillah, keputusan sebulat suara telah mengambil keputusan untuk menunda Kongres Agung Tahunan ke 16 pada satu tarikh baru yang akan dimaklumkan kemudian.


Saudara dan saudari sekalian,

Langkah parti kehadapan

Saya hendak beritahu saudara dan saudari  sekalian, hala tuju parti kita di masa hadapan ialah untuk memperkukuhkan hubungan antara ahli ahli  parti terutama dibarisan kepimpinan hingga ke akar umbi.

Kita memerlukan ramai dikalangan ahli ahli terlibat sama dalam sama sama membantu kerajaan dan membangun inspirasi rakyat, tugas kita perlu kita galas bersama. Semua ini bukan lah perkara mudah namun saya penuh berkeyakinan kepimpinan baru nanti sudah pasti mempunyai formula fomula yang khusus untuk mengambil pendekatan secara meyeluruh.


Untuk memastikan program ini berjaya, kita akan memastikan semua naib naib presiden akan menyusun langkah langkah yang bijak   dalam menyusun strategi kelak.

Saya penuh percaya ini merupakan satu tugas  pastinya sangat berliku. Ada onak dan duri di sana sini. Ianya mungkin sukar dan mencabar kesabaran . Tetapi yakinlah janji Allah s.w.t. seperti yang disebut di dalam Al-Qurán:

Yang bermaksud:

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.

Oleh itu, marilah kita sama-sama doakan semoga jalan yang kita pilih ini dipermudahkan Allah serta diberkati dan dirahmati oleh-Nya. Aamiin, Aamiin, Aamiin ya rabbal alamin.


Saudara dan saudari yang saya kasihi,


Harapan kepada semua barisan kepimpinan.


Sekarang kita perlu menyusun langkah demi masa depan parti dan inilah masanya untuk kita perkukuhkan parti. 

Kepada barisan Naib Naib Presiden dan Jawatankuasa Badan Badan Perhubungan dan Ahli-Ahli Majlis Tertinggi yang memegang portfolio masing masing. Tugas anda yang paling penting ialah untuk melebarkan jaringan keahlian di tempat masing masing  di segenap pelusuk daerah. 

Pastikan setiap Badan Perhubungan berfungsi dengan Ahli Jawatankuasa yang lengkap dan melaksanakan pelbagai aktiviti kebajikan dan kemasyarakatan di daerah masing-masing.

Begitu juga dengan tiga  sayap  parti juga mesti dipersiapkan untuk memperluaskan lagi dengan keahlian keahlian yang baru muda dan berpotensi. 


Inilah masanya untuk kita berkhidmat kepada Raja Negara, ugama dan bangsa. Saya percaya dengan cara beginilah parti  akan lebih dihargai di atas sumbangan saudara dan saudari sekalian .



Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Marilah kita perkukuhkan iltizam, pertingkatkan semangat dan perkuatkan tekad untuk terus istiqamah berada dalam wadah Parti menjunjung titah membangun bangsa ini demi kelangsungan perjuangan untuk generasi pewaris bangsa.

Kita bangkit dengan semangat waja untuk rapatkan saf perjuangan, perkuatkan semangat ukhuwwah dan perkukuhkan perpaduan sesama kita. Mudah-mudahan Allah S.W.T cekalkan hati kita, pertingkatkan kesabaran kita dan teguhkan pendirian kita dalam menghadapi segala cabaran dan rintangan yang mendatang demi sebuah perjuangan yang kita dokong bersama dan semoga segala usaha, jasa dan sumbangan bakti kita kepada parti yang kita cintai ini diberkati, diredai dan dirahmati oleh Allah S.W.T.



Selamat Menyambut Hari Penubuhan Parti Pembangunan Bangsa.



Dirghayu 16 Tahun 
Parti Pembagunan Bangsa






Pg. Hj. Zainal Bin Pg. Talib
Pemangku Presiden
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)




Menjunjung Titah Membangun Bangsa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA