UCAPAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 9
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 154 Keluaran 22hb Ogos 2021
UCAPAN TAHNIAH KEPADA PERDANA MENTERI MALAYSIA KE 9
Limbaruh Hijau ,Jerudong 22hb Ogos 2021 - Parti Pembangunan Bangsa mengucapkan tahniah diatas lantikan Yang Amat Berhomat Datuk Seri Ismail Sabri bin Yaakob sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 9.
Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia sebagai Perdana Menteri itu berlangsung di Balai Singgahsana Kecil, pada Sabtu 21hb Ogos 2021 jam 2.30 petang dihadapan Seri Paduka Duli Yang Dipertuan Agong Al-Sultan Abdullah .
Parti Pembangunan Bangsa berharap semoga kemelut politik yang melanda Negara Malaysia akan dapat diselesaikan dengan baik berdasarkam perlembagaan dan perundangan negara tersebut dengan baik dan berjaya. Dan NDP berdoa semoga Kerajaan Malaysia di bawah kepimpinan Yang Amat Berhormat Datuk Seri akan dalam menyelesaikan penularan Covid 19 dan dapat meningkatkan perekonomian negara berkenaan. NDP berharap semoga hubungan antara Malaysia dan Negara Brunei Darussalam akan tetap berjalan dengan baik dan akan sentiasa dipertingkatkan dari masa ke semasa.
Pemangku Presiden
Parti Pembangunan Bangsa
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan