PERUTUSAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA SEMPENA TAHUN BARU MASEHI 2022
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa Bil 170 Keluaran 31hb Disember 2021 فرتي فمباغونن بغسا Parti Pembangunan Bangsa PERUTUSAN SEMPENA TAHUN BARU MASEHI 2022 Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayah-Nya dipanjangkan lagi usia kita hingga ke saat ini bakal untuk sama-sama menikmati kehidupan di tahun baru Masihi 2022. Saya mendoakan semoga dengan kehadiran tahun baru 2022 ini akan mendatangkan seribu rahmat dan keberkatan disamping meninggalkan sejuta kenangan yang indah. Sempena dengan sambutan tahun baru ini, diharapkan pelbagai azam baru digarap demi untuk kepentingan parti . Sehubungan dengan itu, diatas nama sebuah parti ulung ini saya ingin mengajak seluruh ahli ahli parti berazam untuk melaksanakan pelbagai perubahan demi untuk membina bersama Parti yang lebih gemilang baik dari segi struktur organisasinya mahupun perjuangan yang lebih matang . Tahun 2021 merupakan tahun dimana seharusnya parti a...