MENYUSUR TITAH PERUTUSAN KHAS KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIEN WADDAULLAH IBNI AL MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM PADA 6 JAMADIL AWAL 1443 H Bersamaan 11HB DISEMBER 2021 M
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 168 Keluaran 12hb Disember 2021
MENYUSUR TITAH
PERUTUSAN KHAS
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI SULTAN HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIEN WADDAULLAH IBNI AL MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
PADA 6 JAMADIL AWAL 1443 H
Bersamaan 11HB DISEMBER 2021
Limbaruh Hijau, Jerudong - Ahad, 7 Jamadil Awal 1443 H/12hb Disember 2021 M - PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) Menjunjung kasih atas Titah Perutusan Khas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzadien Waddaulah Ibni Al Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien Sultan dan Yang Di- Pertuan Negara Brunei Darussalam yang disiarkan langsung melalui radio dan televisyen keseluruh negara berhubung kait dengan wabak covid 19 yang telah melanda negara sejak lebih kurang dua tahun sehingga kehari ini.
Titah Perutusan Khas Baginda tersebut adalah suatu pengisytiharan berani dan bertanggungjawab selaku kepala Negara dan kepala pemerintahan disaat belum ada negara negara lain mengisytiharkan wabak Pandemik beralih kearah endemik walau ada kedengaran dan ura-ura sebahagian negara untuk berpindah kearah demikian namun kenyataannya belum ada hatta pihak WHO juga belum ada pengisytiharan demikian.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Menjunjung kasih dan menyatakan sokongan atas langkah yang diambil oleh Baginda dan Kerajaan dalam menentukan nasib Bangsa dan Negara walau dalam keadaan sesulit apa pun demi kesetiaan kita dan parti yang berpegang kepada cogan katanya Menjunjung Titah Membangun Bangsa.
Dari apa yang Baginda Titahkan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) amat memahami dan merasakan bahawa keputusan yang diambil adalah berdasarkan kajian yang terperinci dan saintifik serta demi kepentingan yang lebih utama termasuk pemulihan ekonomi dan demi kesejahteraan rakyat dan negara.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menyatakan rasa syukur bahawa negara dan rakyat Negara Brunei Darussalam ini cepat beradaptasi dengan norma baharu yang diciptakan oleh pandemik ini. Dan Parti juga pernah menyuarakan pandangan bahawa pandemik ini belum ada kepastian dimana hujungnya namun mana-mana negara dan rakyat lebih awal beradaptasi maka dia lah yang akan keluar lebih cepat dari kemelut yang dihadapi.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih akan Titah Baginda agar rakyat dan kita semua sentiasa berdoa memohon keampunan dari Allah SWT dan memohon bahawa wabak covid 19 akan segera lenyap dari bumi negara Brunei Darussalam.
NDP melahirkan ucapan terima kasih kepada Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia dalam penanganan wabak covid 19 terutama pihak Kementerian Kesihatan dan barisan hadapannya yang telah mencurahkan khedmat bakti tanpa kenal penat lelah demi melindungi rakyat dari penularan dan rawatannya.
Kepada yang telah kembali Kerahmatullah akibat covid 19 kita berdoa semoga roh mereka dicucuri rahmat dan diberikan ganjaran yang selayaknya oleh Allah SWT dan kita juga mengucapkan takziah kepada keluarga yang ditinggalkan dan tetap tabah dan bersabar.
Sekian Wabillahi Taufeq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa.
Setiausaha Agung
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan