UCAPAN TAHNIAH KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK YANG KE 7 DATUK PETINGGI TAN SRI HAJI ABANG ABD RAHMAN JOHARI BIN TUN ABANG HAJI OPENG

 Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 169 Keluaran  18hb Disember 2021



فرتي فمباغونن بغسا

Parti Pembangunan Bangsa




UCAPAN TAHNIAH

KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK YANG KE 7 DATUK PETINGGI TAN SRI HAJI ABANG ABD RAHMAN JOHARI BIN TUN ABANG HAJI OPENG





Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan setinggi tahniah kepada Ketua Menteri Negeri Sarawak yang ke 7 Datuk Petinggi Tan Sri Haji Abang Abd Rahman Johari Bin Tun Abang Haji Openg diatas Perlantikan beliau menjadi Ketua Menteri yang ke 7 hasil dari kemenangan besar Gabungan Parti Sarawak (GPS) dibawah pimpinan beliau dalam Pilihanraya Negeri ke 12 yang diadakan pada 18hb Disember 2021.


Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga mengucapkan tahniah kepada Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang telah memenangi kemenangan besar dalam pilihanraya Negeri Sarawak yang ke 12 ini serta kepada rakyat Sarawak pada umumnya yang telah berjaya melaksanakan proses demokrasi yang menjadi amalan bernegara mereka.


Semoga dibawah kepimpinan Datuk Petinggi Tan Sri Haji Abang Abd Rahman Johari Bin Tun Abang Haji Openg negeri Sarawak akan bertambah maju dan hubungan diantara Negeri Sarawak dan Negara Brunei Darussalam sebagai jiran akan bertambah mesra dan kukuh dalam semua aspek.


Setiausaha Agung

Parti Pembangunan Bangsa (NDP)

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA