PERUTUSAN PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA SEMPENA TAHUN BARU MASEHI 2022
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 170 Keluaran 31hb Disember 2021
Parti Pembangunan Bangsa
PERUTUSAN
SEMPENA TAHUN BARU MASEHI 2022
Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur saya panjatkan kehadrat Allah SWT kerana dengan taufiq dan hidayah-Nya dipanjangkan lagi usia kita hingga ke saat ini bakal untuk sama-sama menikmati kehidupan di tahun baru Masihi 2022.
Saya mendoakan semoga dengan kehadiran tahun baru 2022 ini akan mendatangkan seribu rahmat dan keberkatan disamping meninggalkan sejuta kenangan yang indah. Sempena dengan sambutan tahun baru ini, diharapkan pelbagai azam baru digarap demi untuk kepentingan parti .
Sehubungan dengan itu, diatas nama sebuah parti ulung ini saya ingin mengajak seluruh ahli ahli parti berazam untuk melaksanakan pelbagai perubahan demi untuk membina bersama Parti yang lebih gemilang baik dari segi struktur organisasinya mahupun perjuangan yang lebih matang .
Tahun 2021 merupakan tahun dimana seharusnya parti akan mengadakan beberapa kegiatan rasmi parti didalamnya seperti Kongres Agung Tahunan ke 16 dan Pemilihan Kepimpinan sesi 2021-2024 yang mana ianya seharusnya kita adakan pada pertengahan Ogos tahun 2021 namun disaat saat terakhir kita terpaksa menunda kongres atas sebab dikejutkan dengan serangan mengejut covid 19 gelombang ke 2 yang melanda negara kita.
Pada kesempatan ini dan mengambil sukut tahun baru 2022, suka saya mengajak dan menyatakan bahawa setiap ahli dari kita baik yang selaku ahli akar umbi, ranting , badan perhubungan perlu memainkan peranan dalam memenuhi dan mengisi misi dan visi dengan memahami sebenar benarnya meliputi segenap aspek perlu mempunyai serta berperanan dalam membangunkan dakwah politik NDP, apatah lagi pentadbir bagi sebuah organisasi yang menyediakan pengisian yang terbaik kepada parti .
Justeru itu, saya menyeru tuan-puan supaya sedar akan tanggungjawab masing masing dimana saja kita berada dan apa tindakan kita, selaku pelaku politik tanah air kita, apakah kita hanya pemerhati ?
Mengimbau kembali pencapaian dan perkongsian kita yang telah kita capai melalui pentas politik parti kita. Sepanjang kepimpinan 2019 sehingga 2021 beberapa kemajuan yang telah kita kecapi di peringkat global meningkatkan lagi kedudukan politik di peringkat antarabangsa melalui sokongan moral menerusi usul didalam kongres kongres tahunan kebelakangan ini. Disamping itu juga kita juga telah menyuarakan usaha kita membela nasib masyarakat Rohingya telah berjaya mengubah pandangan global. Dan kita juga terus bertegas bahawa Jerusalem tidak boleh diiktiraf sebagai ibu negara Israel. Solidariti kita parti dengan rakyat Palestin tiada apa yang dapat menghalang kita daripada menyuarakannya dan menggesa keadilan buat mereka. Walaubagaimanapun harapan kita pada tahun 2020 yang penuh dengan cabaran masih tetap ada mengenai wabak namun pasti dengan penuh menyokong dan menjunjung kasih diatas langkah berani Kebawah Duli Yang Maha Mulia dan kerajaan baginda mengisytiharkan negara ke fasa endemik. Diatas keberanian ini akan memacu negara bergerak kepada memulakan inovasi yang lebih berdaya maju terutama dalam meningkatkan ekonomi dan menjana kemandirian permakanan sektor yang kita yakin ini amat perlu dan penting disebab perubahan iklim global yang kian ekstrim berpotensi menjadi ancaman kekurangan makanan dunia oleh yang demikian negara harus bergerak kearah kemerdekaan bagi sumber2 tersebut dengan menggerakkan secara besar besaran demi menjadikan negara berkecukupan dan memenuhi keperluan sendiri.
Mengenai dengan persediaan kehadapan parti In syaa Allah, diatas kepimpinan baru dan dengan pelan strategi baru kita yakin kita akan dapat mencapai objektif tersebut dalam memenuhi moto parti Menjunjung Titah Membangun Bangsa.
Kita selaku Parti akan sentiasa memikirkan strategi dan perencanaan yang difikir sesuai untuk membantu Kerajaan selaku Rakan Strategik untuk memaju dan membangun Negara. Parti akan memastikan sentiasa bergerak dan akan terus membantu Kerajaan untuk berhadapan dengan cabaran-cabaran baru menerusi pandangan atau usul sebagai satu sumbangan iklas dari Parti. Dan harapan Parti kita akan sentiasa akan mengambil peluang ini dan bersama-sama dengan kerajaan selaku rakan strategik untuk memajukan negara. Kita Penuh berkeyakinan samada kejayaan negara dan rakyat sudah pasti akan turut dirasai bersama.
Akhirnya marilah kita seluruh ahli ahli kepimpinan dan ahli ahli Parti amnya untuk bersama-sama komited untuk memajukan negara ini dengan memajukan diri dan memajukan parti dalam memberikan sumbangan idea dan pandangan demi Negara tercinta.
Akhir kata dari saya, saya mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2022 masihi, semoga segala usaha kita melaksanakan tanggungjawap yang telah kita laksanakan diberkati oleh Allah SWT dan usaha yang bakal kita laksanakan akan dirahmati dan mencapai kejayaan sebagaimana yang diharapkan. Aamiin
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan