MENYUSUR TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SEMASA PERSIDANGAN KHAS MAJLIS MESYUARAT MENTERI – MENTERI KABINET DI ISTANA NURUL IMAN.
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 177 Keluaran 5hb Julai 2022
MENYUSUR TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA
PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI
HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH
IBNI AL-MARHUM SULTAN OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN
SA’ADUL KHAIRI WADDIEN
SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMASA
PERSIDANGAN KHAS
MAJLIS MESYUARAT
MENTERI – MENTERI KABINET
DI ISTANA NURUL IMAN.
Limbaruh Hijau – Jerudong, selasa 6 Zulhijah 1443H bersamaan 5hb Julai 2022 – Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih atas Titah Perkenan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam semasa Persidangan Khas Majlis Mesyuarat Menteri-Menteri Kabinet Pada 5 Zulhijah 1443H bersamaan 4hb Julai 2022 di Istana Nurul Iman.
Menyelusuri Titah Baginda yang cukup jelas dan penuh makna itu, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menggaris bawahi beberapa intipati dalam titah Baginda tersebut antaranya mengenai Perubahan, Amanah, Kezaliman, Etika Negara Zikir, Kuasa dan Kepimpinan, Pemimpin Telus dan Adil, Kewajiban menjadi Pemimpin, Nasihat yang betul dan jelas dan Kerja Keras.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih dan menyokong penuh atas titah Baginda yang menjelaskan mengenai keperluan untuk perubahan disebabkan keadaan yang mempengaruhi kehidupan untuk turut berubah. Demikian itulah halnya dengan struktur organisasi pentadbiran adalah tidak statik tetapi sentiasa terbuka kepada perubahan.
NDP berharap dengan adanya penstrukturan kepimpinan baharu ini dan gandingan kepimpinan yang sedia ada serta hasrat untuk perubahan akan dapat memacu pertumbuhan ekonomi dan kemajuan Negara kehadapan. Dalam pada itu anjakkan pemikiran dan kedinamikan perlu ujud pada diri setiap pemimpin ketika dunia dan global sedang menghadapi berbagai persoalan yang sedikit sebanyak akan mempengaruhi soal kehidupan dan keperluan rakyat serta Negara.
Dalam masa yang sama NDP juga penuh berharap agar perubahan dan pendekatan baharu dapat dijelmakan selaras dengan keperluan dan semangat untuk berubah dan hasrat untuk mencapai cita cita dan Wawasan Negara 2035 terlaksana yang memerlukan penyertaan semua pihak berkepentingan agar tidak wujud ada pihak yang tertinggal dibelakang.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga menaruh harapan agar Para Menteri dan kepimpinan baharu ini berupaya mencari formula dan pemikiran serta pendekatan baru bagi menghakis persepsi lama dan lapok mengenai kehadiran badan siasah yang sering dianggap taboo oleh sebahagian pihak tertentu dan masyarakat yang akhirnya dapat menghambat pemikiran dan kemajuan bangsa. Dalam hubungan ini Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sentiasa berusaha agar persepsi negative dan tembok pemisah ini dapat terhakis demi kemajuan Bangsa dan Negara serta Rekonsiliasi Nasional dapat terealisasi.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga menyokong penuh akan titah Baginda yang mengingatkan bahawa jawatan yang disandang adalah amanah, dimana amanah adalah merupakan perjanjian suci kita dengan Allah.
Baginda juga mengingatkan bahawa undang-undang ada, no one above the law. Ini jika berlaku adalah dikesali kerana risikonya ialah kezaliman. Baginda sama sekali tidak menyenangi berlaku sebarang kezaliman dalam kerajaan Baginda.
Titah Baginda ini perlulah diamati dan dipahat dijiwa setiap Para Menteri dan pemimpin yang lain agar menjadi pedoman dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab terutama dalam meneladani rakyat dan memajukan Negara.
Titah Baginda mengenai rancangan rancangan Kemajuan mahupun urusan urusan rutin dalam kerajaan bagi rakyat dan Negara, tidaklah mampu untuk menunggu lama-lama sebarang rancangan atau urusan itu diselasaikan. Penyelasaian yang segera tetapi sempurna itulah prestasi cemerlang.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih titah Baginda tersebut dan berharap Para Menteri akan mengambil perhatian yang sesungguhnya akan titah Baginda dan berharap dimasa yang akan datang tidak timbul lagi cerita dan persoalan projek yang terbangkalai dan projek yang tidak mampu disiapkan atau projek yang tidak mengikut piawaian dan spesifikasi yang betul disebabkan lemahnya pengawasan dan pengurusan.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih dan menyokong titah Baginda serta sentiasa memberikan sokongan dan dukungan keatas Baginda dan Kerajaan Baginda demi Kemajuan Bangsa dan Negara.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan