SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 99 Keluaran 23hb Februari 2021
فرتي فمباغونن بغسا
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37
PERINGKAT PUSAT
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
Limbaruh Hijau , 23hb Februari 2021 - Parti Pembangunan Bangsa pusat telah mengadakan sambutan Hari Kebangsaan
ke 37 yang telah diadakan di Limbaruh Hijau Markas Pusat Parti Pembangunan
Bangsa . Acara diadakan sejurus selesai acara perbarisan yang telah disertai
oleh barisan kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa.
Hadir di majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama Pemangku
Presiden Pg Hj Zainal Bin Pg Talib ,
Pengerusi Lembaga Penasihat Saudara Hj Juned Bin Ramli , Setiausaha Agung Parti
Saudara Ahmad Bin Hj Timpus , Bendahari Agung Saudara Mohammad Peter Abdullah
Bin Abdullah Saging serta ahli ahli Parti Pembangunan Bangsa.
Majlis dimulai dengan bacaan surah Al Fatihah dan Doa yang
dibacakan oleh Saudara Hj Suliman Bin Duraman diikuti dengan ucapan alu aluan
oleh Pengerusi Perbarisan dan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam
peringkat Parti Saudara Ali Bin Ahad.
Beliau , dalam ucapan nya mengucapkan ribuan terima kasih
kepada semua yang terlibat dalam perbarisan serta kepada semua ahli ahli yang
hadir pada majlis tersebut. Tambah beliau adapun ahli ahli yang menyertai
perbarisan tersebut merupakan hanya 10 orang dan ianya merupakan had keramaian yang dipohonkan oleh pihak jawatankuasa
sambutan perayaan diperingkat negara.
Alhamdulillah.. semoga Allah memberikan kemudahan kepada kita selaku Ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) meneruskan Perjuangan kearah, VISI, MISI Parti Pembangunan Bangsa dan membantu Kerajaan Kebawah Duli kearah wawasan Negara ke 2035, Benar dan Nyata dengan keizinan Allah S.W.T jua. Aamiinn...
BalasPadam