HIMPUNAN WANITA MERANCANG KEGIATAN SEMPENA BULAN KONGRES
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 179 Keluaran 16hb Julai 2022
HIMPUNAN WANITA MERANCANG KEGIATAN SEMPENA BULAN KONGRES.
Limbaruh Hijau 16hb Julai 2022– Himpunan Wanita telah mengadakan satu perjumpaan di Anjung Syura. Perjumpaan tersebut dihadiri oleh Pemangku Ketua Himpunan Wanita yang juga mempengerusikan majlis pada petang ini.
Turut hadir ialah ahli HAWA dan beberapa Exco Himpunan Wanita sesi 2018-2021 serta ahli ahli Himpunan Wanita. Perjumpaan diselajurkan dengan perbincangan dalam menyambut bulan kongres yang akan diadakan pada hujung bulan Ogos yang akan datang.
Perjumpaan tersebut merupakan perjumpaan pertama selepas negara telah dilanda covid19 pada gelombang ke dua. Didalam ucapan Pengerusi yang merupakan selaku Pemangku Ketua Himpunan Wanita dan Sayap Parti ingin mengalu alukan kehadiran rakan rakan seperjuangan didalam perjumpaan himpunan wanita kali ke1 pada tahun 2022.” Didalam pada itu juga beliau menyatakan “Alhamdulillah pada tahun ini kita masih dapat bersua muka dan juga berjumpa walaupun negara kita masih lagi dilanda wabak coronavirus dan bukan saja di negara kita malah di negara lain juga masih mengalami musibah yang sama namun dalam kita mematuhi syarat syarat yang telah ditetapkan dari Kementerian Kesihatan dan mengambil langkah berjaga jaga agar kita terhindar dari musibah tersebut.”
Tambah beliau “Bagi pihak kepimpinan tertinggi Wanita Parti Pembangunan Bangsa, saya mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan diatas sambutan kehadiran ECXO wanita dari 4 bahagian daerah seluruh negara ke perjumpaan ini.
Tegas beliau “Dalam waktu kehadapan, beliau penuh yakin dengan kerjasama setiap ahli khususnya di kalangan exco selaku pemikir dan perancang buat ahli ahli yang lain, akan mampu membuat perancangan yang lebih baik dalam kita menambahnaikkan nama Himpunan Wanita selaku sayap parti."
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
GaleriGaleri
Ulasan
Catat Ulasan