SEMBAH UCAPAN TAHNIAH ATAS PERLANTIKAN DAN PERTUKARAN MENTERI MENTERI DAN TIMBALAN TIMBALAN MENTERI KABINET YANG BAHARU
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 175 Keluaran 8hb Jun 2022
KENYATAAN MEDIA
PARTI PEMBANGUNAN
BANGSA (NDP)
SEMBAH UCAPAN TAHNIAH
ATAS PERLANTIKAN DAN PERTUKARAN
MENTERI MENTERI DAN
TIMBALAN TIMBALAN MENTERI
KABINET YANG BAHARU
DALAM KERAJAAN
KEBAWAH DULI YANG
MAHA MULIA
NEGARA BRUNEI
DARUSSALAM.
LIMBARUH HIJAU – Jerudong 08
Zulkaedah 1443H bersamaan 08hb Jun 2022 Parti Pembangunan Bangsa (NDP),
Menyembahkan ucapan tahniah dan menjunjung kasih atas Titah Perkenan Kebawah
Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei
Darussalam bagi melantik dan menukar Menteri Menteri dan Timbalan Timbalan
Menteri yang baharu dan mengekalkan beberapa orang Menteri yang lama dan
Timbalan Menteri dalam rombakan Kabinet yang telah diTitahkan oleh Baginda
petang kelmarin di Istana Nurul Iman yang disiarkan langsung menerusi Radio dan
Television Brunei.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
menyatakan sokongan penuh atas rombakan Kabinet yang baharu ini, ia merupakan
barisan muka baru yang masih muda dan bertenaga disamping kombinasi gandingan
Menter Menterii dan Timbalan Menteri yang sedia ada. Rombakan Kabinet ini
sangat diperlukan dan tepat masa dan ketika bagi memacu kemajuan dan
pembangunan Negara kehadapan disamping melicinkan dan melancarkan pentadbiran
Kerajaan dengan pendekatan dan daya kepimpinan yang bertenaga dan berdaya saing
serta dinamik sesuai dengan perkembangan semasa, apa tah lagi disaat dunia dan
global tidak terkecuali Negara kita yang tengah dilanda wabak dan kemerosotan
ekonomi serta pergelutan kuasa dunia dan peperangan Rusia dan Ukrine yang
sedikit sebanyak mempengeruhi iklim ekonomi dunia.
Selain daripada itu keperluan
untuk mempercepatkan pembangunan negara selaras dengan kehendak Negara bagi
mencapai wawasan Negara 2035 juga menghendaki para elite dalam pentadbiran Negara
yang berani, berintergriti dan berwawasan disertai dengan didikasi dan tahan
uji. Parti Pembangunan Bangsa (NDP) berharap agar Barisan Kepimpinan Kabinet
baharu ini akan membawa angin segar dalam menaladani kehendak dan aspirasi
rakyat yang selama ini sangat berharap kepada angin perubahan dan cara
kepimpinan dinamik dan tidak kekal ditakuk lama.
Sebagai badan siasah Parti
Pembangunan Bangsa (NDP) sangat berharap akan ada suatu perubahan sikap dan
pasipsi dari para elite Pentabiran Negara terhadap Parti Politik dan
pergerakannya. Membaca dan memahami serta mengkaji secara positif dan menilai
dengan seimbang akan perjalanannya sangatlah bererti bagi menentukan kedudukan
posisi dan tugas masing masing dan perjuangan demi kepentingan Raja Bangsa dan
Negara.
Akhirnya Parti Pembangunan Bangsa
(NDP) sekali lagi mengucapkan Tahniah kepada Menteri Menteri dan Timbalan
Timbalan Menteri yang baru serta Barisan Kabinet baharu ini. Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga berdoa
dan berharap mereka yang diberikan jawatan penting ini dapat menunaikan tugas dan tanggungjawab serta amanah demi Raja,
Bangsa dan Negara. Kepada mereka yang tidak terpilih kembali yang telah selasai
menunaikan tugas dan tanggungjawab mereka di ucapkan terima kasih satas
sumbangan mereka selama ini.
Sekian,
Assalamualaikum
Warahmatullahi Wabarkatuh.
MENJUNJUNG TITAH
MEMBANGUN BANGSA.
Ahmad Bin Hj. Timpus
Setiausaha Agung
Parti Pembangunan
Bangsa (NDP)
Ulasan
Catat Ulasan