MAJLIS TAHLIL BAGI ALLAHYARHAM HJ TAJUDIN BIN UMAR, MANTAN AHLI MAJLIS TERTINGGI
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 176 Keluaran 26hb Jun 2022
MAJLIS TAHLIL BAGI
ALLAHYARHAM HJ TAJUDIN BIN UMAR,
MANTAN AHLI MAJLIS TERTINGGI
Limbaruh Hijau Jerudong, 26 Jun 2022 – Temburong, Badan Perhubungan Daerah Temburong Parti Pembangunan Bangsa telah mengadakan majlis tahlil dan doa arwah bagi salah seorang mantan ahli Majlis Tertinggi yang juga ahli Badan Perhubungan Daerah Temburong Allahyarham Hj Tajudin bin Umar.
Majlis tersebut telah diadakan dikediaman Allahyarham di No.105 Kg Sibulu, Jalan Selangan/Bokok, Temburong.
Seramai lebih dari 30 orang ahli parti telah turut hadir dimajlis tersebut. Turut hadir didalam majlis tersebut ialah Tuan Yang Terutama pemangku Presiden , Pg Hj Zainal serta barisan kepimpinan dan ahli ahli parti .
Terdahulu rombongan jemputan telah disambut oleh ahli ahli badan perhubungan Daerah Temburong selaku hos serta ahli ahli keluarga Allahyarham.
Acara dimulakan dengan ucapan ringkas daripada Naib Presiden Daerah Temburong Saudara Hj Zaini Bin Bakar, beliau memaklumkan bahawa rancangan tersebut memang sudah dirancang oleh ahli ahli Badan Perhubungan Daerah Temburong namun memandangkan keadaan yang tidak dapat dielakan maka rancangan tersebut telah ditunda sehinggalah ke hari ini.
Sebelum bacaan tahlil dimulakan Saudari Kertini binti Abd. Manap Ketua Himpunan Wanita telah menyampaikan sumbangan kepada Balu Allahyarham Hj Tajudin bin Umar, Dayang Hjh Halus binti Tamin.
Bacaan tahlil telah dikepalai oleh Saudara Hj Suliman bin Hj Duraman Pemangku Naib presiden Daerah Temburong merangkap Ketua Biro Hal Ehwal Agama Parti Pembangunan Bangsa.
Allaryarham Hj Tajudin merupa salah seorang ahli terawal menjadi ahli parti sejak ianya ditubuhkan dan beliau juga telah banyak membantu didalam Badan Perhubungan Daerah Temburong dan juga telah dipilih menjadi salah seorang ahli Majlis Tertinggi bagi sekian lama.
Selain dari tugas yang pernah beliau jalani, beliau juga pernah menjadi wakil peribadi kepada Naib Presiden Daerah Temburong dimajlis majlis rasmi parti.
Pemergian beliau merupakan satu kehilangan besar besar kepada parti.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan