PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) SEMPENA HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 38 TAHUN, 2022
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 174 Keluaran 22hb Februari 2022
PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)
SEMPENA MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN
NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
KE 38 TAHUN 2022
Dipanjatkan syukur kehadrat Allah SWT yang telah memberikan limpah dan rahmatNya kepada kita semua dan dapat sekali lagi meraikan sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali yang ke 38 pada tahun ini tahun 2022.
Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dan Kaum keluarga serta para Sahabat Baginda yang jujur lagi setia sehingga ke akhir zaman.
Saya bagi pihak kepimpinan dan seluruh ahli ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dimana pun mereka berada mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaan bagi Negara kita Negara Brunei Darussalam dan kepada seluruh rakyat serta penduduk negara ini.
Sesungguhnya Hari Kebangsaan merupakan hari kemerdekaan dan hari kemenangan bagi bangsa dan Negara kita, yang sayugianya disambut dan diraikan oleh segenap lapisan masyarakat dan penduduk Negara ini bagi memperingati hari kebebasan Negara dan Bangsa kita dari belenggu penjajahan sejak 38 tahun yang lalu.
Namun pada tahun ini seperti juga pada tahun lepas Negara sedang berhadapan dengan cabaran penularan pandemik covid19 yang masih saja belum reda dan di Negara Brunei Darussalam kita menghadapi gelombang kedua dan sudah pun memasuki gelombang ketiga penularan wabak berkenaan sudah setentunya jumlah jangkitan melebihi dari jangkitan dimasa permulaannya. Di Negara luar juga tetap wabak berkenaan masih menjadi ancaman.
Walau bagaimana pun Negara kita telah pun beralih ke fasa endemik yang telah di isytiharkan oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada akhir tahun lepas.
Dalam pada itu kita harus memberikan pujian dan sanjungan kepada pihak yang berwajib terutama kepada Kementerian Kesihatan dan barisan hadapannya serta agensi yang terkait dalam penanganan wabak ini yang telah menunjukan prestasi yang cemerlang, berdedikasi dan berjaya membawa negara keluar ke fasa endemik sudah setentunya dengan pertimbangan berdasarkan kajian yang terperinci dan menimbang situasi dan kajian saintifik serta dengan kejayaan melaksanakan vaksinasi dan peratus yang tinggi selaras anjuran Kesihatan Sedunia.
Di sisi yang lain urutan dari wabak ini sedikit sebanyak turut memberi pengaruh kepada soal ekonomi dan kehidupan yang menyangkut keperluan rakyat dan mesyarakat serta perubahan dan aturan baharu yang diciptakan oleh pandemik berkenaan.
Dalam hubungan ini kita berharap pihak kerajaan perlulah melipat gandakan usaha dalam meningkatkan ekonomi dari segala sumber yang ada dan mengembangkan inovasi yang diperlukan untuk kepentingan jangka pendek dan panjang agar para pengusaha dan rakyat dapat memainkan peranan yang sebaiknya dan beroleh kejayaan untuk kepentingan negara dan bangsa.
Dalam menghadapi kegawatan yang dijelmakan oleh covid 19 ini kita bersyukur bahawa masyarakat kita telah dapat beradaptasi dan memahami serta patuh akan segala arahan dan saranan dari pihak berkuasa betapa pentingnya kita sama sama menjaga dan bertanggungjawab demi keselamatan bersama.
Kepatuhan ini adalah kunci kepada kejayaan semua dan disertai dengan sentiasa bermunajat kehadrat Allah SWT agar kita dan Negara semuanya terlindung dari apa jua bahaya yang menimpa baik nampak atau pun tidak.
Saudara saudari sekalian,
Hari Kebangsaan yang Negara dan kita raikan pada tahun ini dan tahun tahun sebelumnya adalah suatu lambang kecintaan kita terhadap Negara yang di dalamnya kita duduk dan bermastautin di bumi yang diberkahi kekayaan dengan sumber alam yang melimpah.
Tiga puluh lapan (38) tahun setelah kemerdekaan kini adalah masa bagi semua pihak merancakkan dan menjayakan pembangunan Negara dimana pada masa zaman penjajahan dahulu kita sedianya maklum dan merasai bahawa pembangunan berada ditahap rendah dengan kekangan oleh pihak penjajah tersebut.
Sekarang kita dapat saksikan dan sama sama menikmati pembangunan itu ada dimana mana walau pun kita masih belum berpuasa hati namun ia tetap berperoses sehingga ke akhir zaman. Oleh kerana itu tugas membangun Negara bukanlah terletak disatu pihak saja malah ia seharusnya menjadi tanggungjawab bersama bagi seluruh elemen masyarakat, rakyat dan Kerajaan di Negara ini untuk menjayakannya sesuai dengan fungsi masing masing.
Akhirnya sekali lagi bagi pihak kepimpinan dan ahli parti mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kebangsaa Negara Brunei Darussalam ke 38 kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara Brunei Darussalam.
Sekian
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Alhamdulillah.. 🇧🇳🇧🇳💖
BalasPadam