UCAPAN PENGERUSI ISTIADAT PENGIBARAN BENDERA SANG SETIA KE 17
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 165 Keluaran 1hb Disember 2021
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
UCAPAN PENGERUSI
ISTIADAT PENGIBARAN SANG SETIA KE 17
Bismillahi Rahman Nir Rahiim,
Alhamdulillahi Rabbil Alamiin wasallatu wa sallamu alla asrafil ambia iwarmursallin saidina Muhamaddin wa alla alihi wa sahbihi ajmain.
Tuan Yang Terutama
Pemangku Presiden
Ayahanda Pg. Hj. Zainal bin Pg. Talib,
Naib naib Presiden, Pengerusi Tetap, Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat, Setiausaha Agung dan ahli ahli Parti yang saya hormati sekalian.
Alhamdulillah kita panjatkan syukur ke hadrat Allah SWT yang memberikan limpah dan rahmatNya juga dapat kita bersama-sama hadir pada pagi ini bagi melaksanakan Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia buat kali ke 17 tahun 2021.
Sesungguhnya Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia adalah salah satu acara gemilang Parti Pembangunan Bangsa yang harus menjadi periority untuk dilaksanakan sebagai tanda kecintaan kita kepada lambang dan keagungan parti walau dengan keadaan apa sekali pun demi menjaga dan memasti simbol Sang Setia tetap sentiasa berkibar dan melambai lambai diperkarangan Limbaruh Hijau ini kita tetap melaksanakanya dan mengingatinya.
Namun kita juga sangat memahami hasrat ahli ahli untuk beramai-ramai hadir bersama kita bagi menyaksikan dan ikut memeriahkan acara yang berperistij ini sangat tinggi namun kenyataannya demi menjaga keselamatan kesihatan kita semua dan akur dengan arahan serta saranan pihak berwajib cukup sekadar di laksanakan dengan jumlah yang sekecil ini tapi semangatnya tetap sama seperti kemeriahan ditahun-tahun terdahulu.
Sebagai Pengerusi Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia kali ke 17 tahun 2021 ini saya bagi pihak kepimpinan dan ahli jawatankuasa memohon kemaafan kepada seluruh ahli kerana tidak membukakan atau menjenput hadir ke Istiadat ini disebabkan kita semua tidak ingin mengambil risiko besar ditengah penularan covid 19 gelombang kedua melanda negara yang nyatanya masih membimbangkan.
Akhirnya sekali saya mengucakan terima kasih diatas kehadiran Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden yang mana telah sudi melaksanakan pengibaran Sang Setia sebentar tadi dan juga kepada tetamu lain yang hadir pada pagi ini.
Sekian wabillahi taufeq walhidayah assallamualaikum warahmatullahi wabarkatuh.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Alhamdulillah.. berkat izen Allah S.W.T, NDP terus melangkah kehadapan. Semoga NDP sentiasa di permudahkan segala urusan, Aamiinn..
BalasPadam