UCAPAN PEMANGKU PRESIDEN DI ISTIADAT PENGIBARAN BENDERA SANG SETIA KALI KE 17 TAHUN 2021
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 166 Keluaran 1hb Disember 2021
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
UCAPAN PEMANGKU PRESIDEN
DI ISTIADAT PENGIBARAN BENDERA
SANG SETIA KALI KE 17 TAHUN 2021
Bismillahir Rahmanir Rahiim
Rabbi Serahli Sadri Wayas Sirli Amri Wahlul Ukdata Min Lisanni Yafkalkauli.
Yang dihormati
Saudara Pengerusi Tetap
Hj. Abd. Rahman bin Md. Yusof
Yang dihormati
Pengerusi Ahli Lembaga Penasihat
Saudara Hj. Juned bin Ramli
Naib Presiden
Daerah Temburong
Saudara Hj. Mohd Zaini bin Abu Bakar
Pemangku Naib Presiden
Daerah Belait
Saudara Hj. Suliman Bin Hj. Duraman
Pemangku Naib Presiden
Daerah Tutong
Saudara Muhamad Abdullah Peter bin Abdullah Saging
Setiausaha Agung
Saudara Ahmad bin Hj. Timpus dan hadirin yang saya hormati sekalian.
As'sallamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh,
Alhamdulillah, dipanjatkan syukur kehadrat Allah Subhan Allah Wataala kerana dengan limpah dan rahmatNya dapat kita bersama pada pagi yang mulia ini di Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia. Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhamad SAW , kaum kerabat Baginda serta para pengikut Baginda yang jujur lagi setia hingga ke akhir zaman.
Hari ini tanggal 1 hb Disember 2021 kita hadir di Perkarangan Limbaruh Hijau Markaz Pusat Parti Pembangunan Bangsa (NDP) seperti jua lazim ditahun - tahun sebelumnya bagi melaksanakan Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia.
Hari ini adalah kali ke 17 Bendera Sang Setia dinaikkan dengan mengikut istiadat yang ditetapkan seperti pertama ia dikibarkan. Namun pada pagi ini kita sedikit sedih kerana keramaian dan para peserta perbarisan hanya terhad dan sedikit jumlah keramaiannya disebabkan beberapa kekangan yang tidak dapat kita elakkan demi menjaga keselamatan dan kesihatan kita bersama malah negara secara keseluruhan dari penularan wabak covid 19 digelombang kedua melanda negara ini.
Namun begitu semangat dan kecintaan kita tehadap Sang Setia yang menjadi lambang Parti kita dan Perjuangannya tetap bergelora dihati kita serta inginkan ia tetap berkibar disetiap detik dan ketika di Perkarangan Limbaruh Hijau ini.
Moment indah ini tidak mungkin akan kita lepaskan berlalu begitu saja walau pun dalam apa keadaan sekali pun ia tetap menjadi keutamaan kita untuk mengingati dan mengulanginya selagi Parti mampu dan tegak berdiri.
Saudara saudari sekalian
Sudah hampir dua tahun covid 19 melanda dunia termasuk negara kita dan Negara Brunei Darussalam tengah berada digelombang kedua sejak Ogos yang lalu dan jumlah jangkitan berkali ganda dengan jangkitan digelombang yang pertama begitu juga dengan jumlah kematian terlalu tinggi peningkatannya. Ini juga yang sangat membimbangkan kita sehingga kita turut berhati-hati dan sentiasa berwaspada serta patuh akan arahan dan petunjuk pihak Kerajaan KDYMM melalui Kementerian Kesihatan dan SOP yang ditetapkan.
Kita akan terus berdoa agar wabak ini akan cepat berakhir dan hilang dari bumi kita dan dunia secara keseluruhan. Disamping itu kita juga yakin bahawa pihak Kerajaan KDYMM akan tetap berusaha sebaik mungkin demi untuk menjaga negara dan rakyat negara ini dari ancaman wabak berkenaan.
Sebagai sebuah Parti yang sentiasa menyokong dan menjadi rakan strategik kepada kerajaan akan tetap dan terus menyokong setiap langkah Kerajaan KDYMM dalam usaha keluar dari musibah yang melanda negara dan rakyat dalam apa pun bentuknya termasuk ekonomi dan kegawatan yang lain sambil sentiasa memberikan masukan dan saran serta pandangan dari masa kesamasa.
Dalam situasi yang sangat panjang ini kita juga berharap pihak Kerajaan KDYMM melalui Kementerian Kewangan dan Ekonomi akan lebih pro aktif dalam melihat dan menimbang akan keperluan rakyat terutama mereka yang berpendapatan rendah termasuk warga emas yang terkesan dari wabak covid 19 yang berpanjangan ini dengan menubuhkan jawatankuasa khusus mengkaji secara menyeluruh dan tepat akan situasi yang berlaku atau kesan yang diterima oleh mereka yang dimaksudkan agar pertimbangan dapat diambil dan kesejahteraan rakyat dapat terpeduli.
Jika hal ini dapat dilakukan alangkah bahagianya golongan ini dan kita yakin dan percaya doa mereka sangat makbul dan akhirnya negara akan dapat doa-doa dari mereka Aamiin Ya Rabbal Alamiin.
Akhirnya saya mengucapkan tahniah dan syabas kepada Pengerusi Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia beserta dengan jawatankuasanya yang telah berhasil mengungkayahkan acara kita pada pagi ini.
Sekian Wabillahi Taufeq Walhidayah Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Alhamdulillah.. berkat izen Allah S.W.T, NDP terus melangkah kehadapan. Semoga NDP sentiasa di permudahkan segala urusan, Aamiinn..
BalasPadam