MESYUARAT DEWAN HARIAN NOVEMBER 2021
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 163 Keluaran 5hb November 2021
MESYUARAT DEWAN HARIAN NOVEMBER 2021
Limbaru Hijau , Jerudong , Juma'at 5hb November 2021 - Mesyuarat Dewan Harian pada hari ini telah berlangsung menerusi kaedah secara maya (zoom) bagi kali pertamanya sejak covid 19 gelombang kedua melanda negara dan sekatan berkumpul secara ramai di batasi maka ini pilihan yang ada dalam keadaan norma baharu adalah pilihan yang baik dan sesuai. Mesyuarat tersebut dihadiri / disertai oleh Pemangku Presiden Pg Hj Zainal bin Pg Talib, Naib Presiden Daerah Temburong Saudara Hj Md Zaini bin Bakar, Penjalan Tugas Naib Presiden Daerah Belait Saudara Hj Suliman bin Hj Duraman, Pemangku Naib Presiden Daerah Tutong Saudara Mohd Abdullah Peter bin Abdullah Saging yang juga selaku Bendahari Agung NDP dan Setiausaha Agung NDP Saudara Ahmad bin Hj Timpus.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh Pemangku Presiden Pg Hj Zainal bin Pg Talib. Mesyuarat berlangsung pada jam 10 pagi dan berakhir kira kira pada jam 11.25 pagi.
Dalam keputusan Mesyuarat Dewan Harian tersebut telah bersetuju agar Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia akan dilangsungkan pada 1hb Disember 2021 bermula pada jam 9.00 pagi seperti kebiasaannya dengan jumlah jemputan yang agak terhad memandangkan arahan dan larangan aktibiti dalam jumlah yang ramai masih berkuatkuasa oleh Kementerian Kesihatan. Pada mesyuarat tersebut juga telah bersetuju untuk melantik Saudara Ali bin Ahad sebagai Pengerusi Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia tersebut.
Mengenai dengan Kongres Agung Tahunan ke 16 pula mesyuarat telah bersetuju ia ditangguhkan dahulu sehingga kepada suatu tarikh yang sesuai bilamana keadaan covid 19 sudah agak reda dan ini tertakluk juga dengan mengikut padangan dan arahan dari pihak ROS dan akan dikomunikasikan melalui Setiausa Agung dengan pihak yang berkenaan (ROS).
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan