MESYUARAT DEWAN HARIAN KEDUA BULAN NOVEMBER 2021

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 164 Keluaran 25hb November 2021


Menjunjung Titah Membangun Bangsa



 MESYUARAT DEWAN HARIAN  KEDUA  BULAN NOVEMBER 2021 





Limbaruh Hijau, Jerudong 25hb November 2021  -  Mesyuarat rutin Dewan Harian bagi bulan November telah diadakan bertempat di Dewan Anjung Syura , Markas Pusat Parti Pembangunan Bangsa, Jerudong. Ianya merupakan mesyuarat ke dua bulan November semasa dalam pandemic covid 19 gelombang ke dua tahun 2021 ini yang mana pada mesyuarat nya yang pertama dibuat secara maya melalui aplikasi zoom . Mesyuarat telah dihadiri oleh Pemangku Presiden Saudara Pg Hj Zainal Bin Pengiran Talib dan Naib-Naib Presiden Daerah. Juga hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Setiausaha Agung dan Bendahari Agung Pusat.





Dewan Harian hari ini membincangkan mengenai acara Istiadat Pengibaran Bendera Sang Setia kali ke 16 dan mesyuarat telah mengambil keputusan untuk mengadakan acara berkenaan pada 1hb Disember 2021 dengan jumlah kehadiran jemputan dan perbarisan pembawa bendera yang minima sahaja sebagai langkah berjaga jaga disebabkan wabak covid19 masih belum reda di negara Brunei Darussalam.




Dan mesyuarat Dewan Harian juga masih tetap dengan keputusan seperti dalam mesyuarat yang lalu untuk menunda Kongres Agung Tahunan ke 16 kepada suatu tarikh yang akan diumumkan kemudian disebabkan perkara yang sama iaitu wabak penularan yang masih saja ada. Diakhir mesyuarat doa dan Surah Al Asr telah dibacakan  beramai-ramai.



Menjunjung Titah Membangun Bangsa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA