HIMPUNAN WANITA NDP MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA PETUGAS PETUGAS FRONTLINERS

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 161 Keluaran 29hb Oktober 2021


Menjunjung Titah Membangun Bangsa


HIMPUNAN WANITA NDP MENGHULURKAN BANTUAN KEPADA PETUGAS PETUGAS FRONTLINERS


Saudari Kartini binti Abdul Manap dan Saudari Dr Hjh Rayah binti Md Ali bergambar bersama petugas petugas frontliners.


Limbaruh Hijau, Jerudong 29hb Oktober 2021  - Hari ini Himpunan Wanita, Parti Pembangunan Bangsa (NDP) telah menghulurkan bantuan berupa makanan dan air mineral kepada petugas petugas frontliners , bagi Daerah Brunei Muara.


Sumbangan merupakan diantara kegiatan yang telah diungkayah serta diusahakan oleh Himpunan Wanita (HAWA) yang dikendalikan oleh Pemangku Ketua serta ahli ahli EXCO  melalui hasil kutipan dari ahli ahli Parti Pembangunan Bangsa.


Sumbangan tersebut telah disempurnakan sendiri oleh  Pemangku Ketua Himpunan Wanita , Saudari Kartini Binti Abdul Manap dan Pemangku Naib Presiden Daerah Brunei Muara , Saudari Dr Hjh Rayah Binti Md Ali  kepada salah seorang petugas frontliners yg bertugas di Unit MOBILE SWAB TEAM , UNISSA , Gadong. Aktiviti ini adalah bagi kali yang ketiga telah diungkayahkan oleh ahli ahli Himpunan Wanita.


Turut serta dalam penyerahan sumbangan tersebut ialah beberapa ahli Exco Wanita , Saudari Azerinawati Binti Hj Ahmad Khan dan Saudari Hadijjah Binti Hj Dollah.

Semasa menyampaikan sumbangan di CHABEL 6, Daerah Belait pada 14hb Oktober, 2021.

Terdahulu sebelumnya sumbangan juga telah disampaikan kepada beberapa kumpulan sukarelawan di beberapa daerah. Pada 14hb Oktober 2021, sumbangan makanan dan air mineral di sampaikan oleh Pemangku Ketua Himpunan Wanita di Covid-19 Holding Area Belait 6th Form (CHABEL 6) , di Daerah Belait. Manakala bagi Daerah Tutong pula sumbangan telah di sampaikan oleh salah seorang Ahli Majlis Tertinggi, Saudari Puspa Linda Binti Abidin , Ketua Biro Pemantau Titah pada 19hb Oktober 2021. Beliau telah menyerahkan sumbangan yang sama kepada petugas petugas frontliners di dua tempat iaitu di NIC , Tutong dan di Covid-19 Holding Area MA'HAD (CHAM), di Daerah Tutong .


Saudari Puspa Linda binti Abidin semasa penyerahan sumbangan di CHAM, Daerah Tutong pada 19hb Oktober, 2021.

Penyerahan sumbangan di NIC, Daerah Tutong pada hari yang sama.


Semoga segala usaha yang diungkayahkan ini sedikit sebanyak dapat meringangkan segala tugas tugas sukarelawan berkenaan. Aamiin.....


Menjunjung Titah Membangun Bangsa


 

Ulasan

  1. Tahniah di atas sokongan, sumbangan Dan usaha semua ahli yg terlibat dalam mengungkayahkan program sumbangan kepada frontliners.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA