MENYUSUR TITAH SEMPENA PUJA USIA KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA KE 75 TAHUN
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 140 Keluaran 15hb Julai 2021
MENYUSURI
TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOKIAH MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN OMAR’ALI SAIFUDDIEN SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA
ISTIADAT SAMBUTAN HARI ULANG TAHUN KEPUTERAAN BAGINDA YANG KE 75 TAHUN ISTANA NURUL IMAN.
Limbaruh Hijau , Jerudong 15 Julai 2021 - Parti Pembangunan
Bangsa (NDP) menjunjung kasih atas Titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka
Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Di Istiadat Mengadap dan Pengurniaan Pingat pingat Kebasaran Negara Brunei Darussalam Sempena Hari Keputeraan Baginda Ke 75 Tahun di Istana Nurul Iman.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
merafak sembah Dirgahayu Kehadapan Majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia sempena
hari keputeraan Baginda ke 75 tahun dan berdoa agar Baginda dilanjutkan usia
dan Kakal Qaral memerintah Negara Brunei Darussalam.
Menyusuri Titah Baginda yang menyentuh
situasi seluruh dunia masih berhadapan dengan wabak coronavirus yang memberikan
impak negatif kepada ekonomi dunia dengan isu-isu sosial terus meningkat
seperti pengangguran, konflik politik dan lain-lain. Baginda mengajak untuk
melihat situasi ini sebagai iktibar untuk bergerak ke hadapan dengan lebih
waspada.
Parti Pembangunan Bangsa
menjunjung kasih atas saranan Baginda untuk melihat situasi ini sebagai iktibar
dan kewaspadaan dalam bergerak kehadapan
dan melihat permasaalah yang bakal ditempuh termasuk mengenai isu-isu
pengangguran dan kewaspadaan yang lain seperti isu ekonomi dan konflik politik
yang tentunya menyangkut persengketaan rantau yang masih dalam pertikaian.
Dalam pada itu Parti
Pembangunan Bangsa berpendapat situasi ekonomi dunia yang condong merosot dan
situasi Covid 19 juga semakin berkembang di Negara jiran adalah wajar Negara
memfokuskan kepada soal menjana kemendirian dari segi keperluan asasi dan tidak
sepenuhnya bergantung dari luar dan kebanyakan Negara telah mula berfikir
kearah disglobalisai.
Baginda juga menjelaskan walaupun
dunia mengalami kejutan, namun pada tahun 2020 Negara Brunei Darussalam adalah
termasuk salah satu dari tiga ekonomi Asean yang berkembang sebanyak 1.2
peratus sementara International Monetory Fund melalui laporan World Outlook
pada bulan April lalu telah mengunjurkan
bahawa ekonomi Negara dijangka akan meningkat sebanyak 1.6 peratus pada
tahun ini dan lebih 2 peratus pada tahun-tahun akan datang.
Parti Pembangunan Bangsa turut
bersyukur bahawa hasil laporan badan kewangan Antarabangsa menunjukkan ekonomi
Negara semakin berkembang dan jangkaan kehadapan juga turut meyakinkan, dan Parti
Pembangunan Bangsa berharap perkembangan ini tidak membuat kita dan seluruh
lapisan terutama yang memegang kepentingan merasa selesa namun harus menumpukan
usaha ke arah mengekalkan keadaannya malah lebih berdaya maju lagi ke hadapan. Semua
ini memerlukan kesapaduan dan kerja berpasukan dan saling mengisi diantara satu
dengan lainnya.
Baginda juga bertitah, bagi
merangsang inovasi dan sosio ekonomi
Negara, Baginda telah memperkenankan
penubuhan majlis penyelidikan dan kemajuan teknologi dan sains counsel for resurge advancement and teknologi
and sciens creats dibawa Kementerian Pengangkutan dan Infokomunikasi bagi
menggantikan Majlis Penyelidikan Nasional Brunei dan Jawatankuasa Kerja Kebangsaan
Sains dan Teknologi sebagai langkah memacu aktibiti penyelidikan dan
perkembangan research and development dalam bidang sains dan teknologi di
Negara ini.
Parti Pembangunan Bangsa
menjunjung kasih akan titah perkenan dan sangat menyokong dan mendokong apa pun
perancangan pihak kerajaan yang bertujuan untuk kebaikan dan pembaikan selaras
dengan teknologi terkini. Parti Pembangunan Bangsa sangat menyokong langkah
kearah meningkatkan keupayaan penyelidikan dan kajian bagi memperolehi hasil
yang baik dan bermutu untuk di salurkan demi kemanfaatan Negara.
Baginda juga bertitah, kearah
menerapkan penggunaan teknologi kearah perkhidmatan awam dan perkhidmatan
kewangan Baginda telah memperkenakan projek usaha sama diantara Jabatan Perdana
Menteri dengan Kementerian Kewangan dan Ekonomi sebagai memastikan
kesejahteraan warga perkhidmatan awan di Negara ini dipeduli maka Baginda memperkenankan
bagi warga Negara Brunei Darussalam dalam perkhidmatan gaji hari dan open board
yang memanuhi syarat untuk diserapkan dalam perkhidmatan tetap secara
berperingkat-peringkat semantara warga perkhidmatan awam yang bukan
perkhidmatan berpencen pula, Baginda telah memperkenankan untuk dibuat satu
kajian oleh Kementerian Kewangan dan Ekonomi dengan kerjasama Tabung Amanah
Pekerja (TAP) bagi tujuan untuk menjamin ahli ahlinya apabila bersara nanti. Kajian
tersebut sudah pun diperingkat akhir dan Kerajaan akan mengumumkan perlaksaannya
dalam masa terdekat.
Parti Pembangunan Bangsa
menjunjung kasih atas titah dan perkenan Baginda dan menyokong serta mendokong
langkah usahasama diantara Kementerian Kewangan dan Perkhidmatan awam dalam
usaha memeduli kesejahteraan perkhidmatan awam dan Parti Pembangunan Bangsa
menyokong dan mendokong mengenai keperihatinan pihak Kerajaan untuk
meningkatkan perkhidmatan bergaji hari kepada perkhidmatan tetap bergaji bulan
dan Parti Pembangunan Bangsa juga telah mengangkat isu bergaji hari ini di
Kongres Kongres Agung Tahunan parti. Parti Pembangunan Bangsa sekali lagi
menjunjung kasih atas perkenan Kebawah DYMM atas isu berkenaan.
Dalam isu Tabung Simpanan
Pekerja (TAP) Parti Pembangunan Bangsa juga sangat berbesar hati dan menjunjung
kasih bahawa isu TAP juga sering mejadi perhatian parti dan telah mengangkat
isu berkenaan di Kongres Kongres Agung Tahunan parti menyeru agar pihak
kerajaan membuat kajian dan menimbang semula kaedah pencaruman dan sebagainya
demi untuk menjamin masa depan pencarum.
Baginda juga bertitah, bagi
kesejahteraan rakyat dan penduduk seumumnya pula Baginda telah memperkenankan
Perintah Akta Pencen Umur Tua dan elaun Kurang Upaya Pindaan 2021 dan
Perintah Orang Kurang Upaya 2021 yang
akan berkuatkuasa pada 1hb Oktober 2021 dengan pindaan ini pencen umur tua dan
elaun kurang upaya hanya akan diberikan kepada rakyat dan penduduk tetap yang
tidak mempunyai kewarganegaraan lain dengan pindaan ini juga akan memperkasa
pencarian pekerjaan disamping memperkenalkan elaun penyedia penjagaan care
provider, provider elaun berjumlah $ 250.00 sebulan bagi penerima elaun kurang
upaya di bawah garis pandu selain itu orang kelainan upaya juga berhak menerima elaun kurang upaya
disamping pencen umur tua setelah mencapai umur 60 tahun. Pindaan Perintah
orang kurang upaya 2021 akan mengandungi undang-undang khusus untuk melindungi golongan
ini dari penderaan dan pengabaian.
Parti Pembangunan Bangsa
menjunjung kasih menyokong dan mendokong
usaha dan inisiatif pihak Kerajaan dalam mengemaskini dan membuat peraturan dan
perundangan mengenai pencen umur tua dan elaun orang kurang upaya dan berharap
dengan adanya pindaan berkenaan dapat memberikan kesejahteraan bagi mereka yang
terkait. Namun Parti Pembangunan Bangsa berharap Elaun bagi warga emas akan
dapat dipertimbangkan untuk kenaikan pada masa pengumuman berkuatkuasanya peraturan dan
perintah itu kelak.
Baginda juga bertitah, bagi
memberikan peluang pekerjaan kepada anak anak tempatan pula Manpower planning
and employement council melalui Job Centre Brunei telah memperkenalkan Study
and Professional Institution atau SPIN untuk melengkapkan tenaga-tenaga kerja
dengan kemahiran tertentu disamping secara aktif melaksanakan aktibiti-aktibiti
jerayawara untuk membantu pencari-pencari kerja tempatan. Baginda sering
menekankan supaya pencari-pencari pekerjaan memanfaatkan peluang-peluang
pekerjaan yang diberikan oleh sektor swasta dan awam.
Parti Pembangunan Bangsa Menjunjung
kasih dan menyokong dan mendokong langkah dan inisiatif pihak Kerajaan dalam
memeduli dan mempastikan para pencari pekerjaan dapat dan beroleh pekerjaan
dengan berbagai kaedah dan inisiatif yang tidak jemu dalam usaha mengurangi dan
menghapus kadar pengangguran yang juga salah satu ancaman social yang perlu
ditangani dengan bersungguh-sungguh.
Mengenai Peringkat serantau
dan Antarabangsa Baginda bertitah, Negara Brunei Darussalam akan terus
meningkatkan hubungan rapat dengan Negara-negara sahabat bagi sama-sama meraih
manfaat khasnya manfaat dibidang diplomasi dan ekonomi, kestabilan di rantau
Asean, Asia pasifik bahkan diperingkat global adalah sangat mustahak untuk
dikekalkan melalui perundingan-perundingan persefahaman dan kerjasama
berteraskan keamanan.
Parti Pembangunan Bangsa menjunjung
kasih dan menyokong dan mendokong usaha Kerajaan ke arah meningkatkan hubungan
rapat dengan negara sahabat bagi kerjasama serantau dan Antarabangsa dengan
pendekatan diplomasi yang paling tinggi demi kestabilan serantau dan bekerjasama
berteraskan keamanan.
MENJUNJUNG
TITAH MEMBANGUN BANGSA
Ulasan
Catat Ulasan