MESYUARAT PANATIA KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021 KALI KEDUA

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 138 Keluaran 7hb June 2021



                                        


MESYUARAT PANATIA KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021 KALI KEDUA



Limbaruh Hijau, Isnin 7hb June 2021 -     Mesyuarat kedua Jawatankuasa Panatia bagi kongres Agung Tahunan Ke 16 tahun 2021 telah diadakan di Markas Pusat, Parti Pembangunan Bangsa. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli Ahli Jawatankuasa Panatia Kongres Agung Tahunan Ke-16 Tahun 2021 yang dilantik. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Saudari Halimah Binti Janai yang juga selaku Pengerusi Panatia yang telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada bulan Januari yang lepas. 

Didalam mesyuarat tersebut telah mengambil keputusan tarikh bagi mengadakan kongres tersebut dan sebahagian mesyuarat agung bagi sayap parti. 



Disamping itu juga mesyuarat juga membincangkan beberapa perkara demi kelangsungan kongres nanti, ini termasuk perancangan dan berberapa perkara mengenai persiapan awal. Mesyuarat telah mengambil ketetapan bagi melangsungkan kongres pada penghujung bulan August yang akan datang manakala tempat dan jadual akhir bagi kongres tersebut akan dimaklumkan setelah mendapat kelulusan dari Dewan Harian. Mesyuarat seterusnya akan menyusul dalam masa terdekat bagi memgemaskinikan perkembangan persiapan. Turut memberikan motivasi didalam mesyuarat tersebut ialah Naib Presiden Daerah Temburong Saudara Hj Zaini Bin Bakar, Pemangku Naib Presiden Daerah Tutong Saudara Mohd Abdullah Peter Bin Abdullah Saging dan Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus.


Menjunjung Titah Membangun Bangsa





Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Semoga Allah S.W.T memberikan kemudahan dan kelancaran untuk NDP mengadakan Kongres Agung Tahunan Ke-16 Tahun 2021 ini. Aamiin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA