PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP) SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI TAHUN 1442H /2021M.

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 125 Keluaran 12hb Mei 2021




فرتي فمباغونن بغسا

PARTI PEMBANGUNAN BANGSA


PERUTUSAN PEMANGKU PRESIDEN

PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)

SEMPENA MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI

TAHUN 1442H /2021M.

 






ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR! ALLAHU AKBAR!

WA LILLAH ILHAM.

 




Kita panjatkan syukur kehadrat Allah SWT kerana dengan rahmatNya jua dapat kita merayakan Hari Raya Aidilfitri yang mulia pada tahun 1442H ini, selawat serta salam keatas junjungan besar Nabi Muhamad SAW beserta kaum keluarga Baginda dan para sahabat Baginda yang setia lagi jujur hingga hari zaman.

 

Ketibaan bulan Syawal dan sambutan Hari Raya Aidilfitri pada tahun ini kita rasakan lebih baik dari tahun sebelumnya dimana ketika itu kita tidak berpeluang merayakannya secara kebiasaan yang telah menjadi tradisi mesyarakat kita khasnya dengan berkunjung kerumah rumah sanak saudara, sahabat handai serta rakan dan taulan disebabkan penularan wabak covid 19 baru saja mula melanda di Negara kita dan di seluruh dunia pada amnya, namun serangan wabak berkenaan sudah mula reda di Negara kita Brunei Darussalam ini, hanya jangkitan pada mereka yang baru balik dari luar Negara sahaja yang langsung menjalani kurantin mandatory oleh pihak yang bertanggungjawab menangani wabak berkenaan. Keadaan dalam negara buat masa ini adalah dalam keadaan terkawal.

 

Bagi pihak Kepimpinan saya mewakili seluruh kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada seluruh ahli Parti yang berugama Islam dimana pun mereka berada dan kepada seluruh umat Islam di Negara Brunei Darussalam serta umat Islam di seluruh dunia amnya kita berdoa semoga Hari Raya Aidilfitri ini dapat memberikan kebahagiaan dan keceriaan bagi kita semua.

 

Saudara Saudari Sekalian,

 

Walaupun suasana sambutan Hari Raya Aidilfitri tidak seperti kemeriahan kita menyambut sebelum kedatangan covid 19 dan kita tidak mungkin leluasa berkunjung kerumah sanak saudara dan sahabat handai namun hubungan silaturrahim dan keakraban hendaknya masih tetap dijalin walau pun melalui kaedah yang berbeza. Semoga hubungan persaudaraan dan kesetiakawanan tetap erat dan utuh dikalangan kita umat Islam secara umumnya.

 

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) walau dalam keadaan apa pun tetap berkomitmen bagi menjalin hubungan silaturrahim diantara ahli dan berbagai pihak termasuk pihak Kerajaan agar kemesraan dan keakraban dapat terjelma untuk kepentingan yang lebih besar dan luas demi Negara, Bangsa dan Ugama serta umat Islam seluruhnya.

 

Tahun ini sejak Parti Pembangunan Bangsa (NDP) ditubuhkan adalah menjadi tahun kedua setelah tahun lalu, NDP dan ahlinya tidak dapat merafak sembah, bersua muka dan bersalaman dengan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darusslam dalam rangka Junjung Ziarah sempena Hari Raya Aidilfitri setiap tahun seperti lazimnya. Keadaan ini berlaku adalah disebabkan covid 19 jua.

 

Kita berdoa semoga keadaan sedemikian akan kembali pulih dan silaturrahim antara rakyat dan Raja yang penuh Ehsan sentiasa terjalin dan kasih mengasihi. Kita juga berdoa semoga Negara kita akan sentiasa tetap kukuh dan berjaya serta makmur.

 

Saudara Saudari Sekalian,

 

Perkembangan Covid 19 di Negara Negara luar masih saja menjadi ancaman terdepan dan kerana itu juga ia mampu melahirkan berbagai ancaman yang lain termasuk soal ekonomi dan ketersediaan sumber permakanan terutama permakanan asasi juga turut terjejas.

 

Dalam keadaan masih yang tenang dan terkawal sayugianyalah negara focus kearah kemandirian dan hendaklah dijana secara serius dan besar besaran dengan peruntukan yang secukupnya agar kejayaan dapat diraih dalam masa singkat dan berkekalan bagi keperluan tersebut. Mari berfikir dan bertindaknya juga tidak seperti biasa, perlu melangkaui (Beyond) dari kebiasaan, barulah dapat menghasilkan kejayaan yang diidamkan.

 

Di bidang ekonomi pula perlunya menjana dan melipatkan usaha mencari solusi dan kajian dari pakar pakar tempatan yang berkemahiran  tentang kesesuaian dan keperluan Negara sebagai penampung  kepada sumber ekonomi besar Negara iaitu Minyak dan gas asli.

 

Langkah ini perlu dimulai sesegera mungkin terutama menghidupkan usaha kecil dan menengah yang pada muaranya akan dapat menjana kemandirian secara bertahap dan kesediaan mengujudkan industry kecil yang diperlukan bagi memproses keperluan makanan yang lain dan mengurangi beban import yang tinggi.

 

Pada tahun ini Negara Brunei Darussalam menjadi pengerusi mesyuarat mesyuarat Negara Negara ASEAN dengan tema yang sangat baik dan tepat maka inilah juga sebagai peluang bagi Negara untuk meningkatkan perbincangan memupuk kerjasama dalam berbagai bidang yang diperlukan. Kita berdoa semoga sepanjang menjalankan tugas yang diamanahkan Negara Brunei Darussalam beroleh kejayaan dan mendapat kemanfaatan bersama.

 

Saudara Saudari Sekalian,

 

Di bulan yang mulia ini saya pemangku Presiden Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menghulur tangan memohon kemaafan kepada semua sepanjang dibawah kepimpinan saya jika terdapat salah dan silap, tutur kata dan sikap saya yang sengaja mau pun tidak yang membuat saudara dan saudari terusik harap dapat dimaafkan.

 

Sekian Wabillahi Taufeq Wal Hidayah Wassalmualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh.



Menjunjung Titah Membangun Bangsa


Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Selamat Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin, seluruh Warga NDP dan seluruh Umat Islam di mana saja berada, semoga kita di lindungi Allah S.W.T jua..

    Pesanan untuk semua, Raya tahun ini biarlah di sambut dengan bersederharana.

    Dengan ucapan, Selamat hari raya aidil Fitri maaf zahir dan batin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA