PARTI PEMBANGUNAN BANGSA TURUT SERTA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTINE
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 134 Keluaran 24hb Mei 2021
فرتي فمباغونن بغسا
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA TURUT SERTA MENUNAIKAN SOLAT SUNAT HAJAT UNTUK RAKYAT PALESTINE
Limbaruh Hijau 24hb Mei 2021 - Negara Brunei Darussalam pada hari ini telah mengadakan solat sunat hajat berjemaah untuk rakyat Palestine, KDYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam juga telah berkenan menyertai bersama rakyat jelata bagi sama sama menunaikan solat dan memohon doa Qunut Nazilah.
Dalam pada itu, Parti Pembangunan Bangsa hari ini juga turut serta bersolidariti memohon ihsan daripada Allah SWT untuk memelihara keselamatan serta kesejahteraan rakyat Palestin yang sedang berjihad menentang kezaliman Israel.
Parti Pembangunan Bangsa yang di kepalai oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden Pg Hj Zainal Bin Pg Talib turut serta menunaikan solat sunat hajat berjemaah bersama beberapa kepimpinan tertinggi parti di Masjid Jame Asr Hassanal Bolkiah. Solat sunat hajat turut dilaksanakan di masjid-masjid utama termasuk Masjid di ibu negara serta masjid di seluruh negara Brunei Darussalam. Solat hajat dua rakaat ini diakhiri dengan bacaan Qunut Nazilah serta doa selamat.
Sejak minggu lalu, berlaku siri keganasan Israel terhadap Palestin selepas pasukan keselamatan Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa dan menyerang penduduk Palestin.
Dilaporkan pencerobohan dan serangan rejim Zionis Israel ke atas rakyat Palestin bermula dengan serangan di Masjid Al-Aqsa pada 7hb Mei diikuti serangan udara di Semenanjung Gaza, dan sehingga kini dilaporkan lebih 100 rakyat Palestin terkorban manakala beratus-ratus lagi cedera, malah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran, konflik itu bakal mencetuskan peperangan secara besar-besaran.
Alhamdulillah.. Semoga Allah S.W.T, memberikan perlindungan rakyat Palestin di Gaza. Amiin.
BalasPadam