ZIARAH DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN AN NAIM, ANDUKI
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 118 Keluaran 25hb April 2021
فرتي فمباغونن بغسا
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
ZIARAH DAN MEMBERSIHKAN KAWASAN TANAH PERKUBURAN AN'NAIM, ANDUKI
Limbaruh Hijau Ahad 25hb April 2021 - Badan Perhubungan Daerah Belait hari ini telah mengadakan ziarah serta kempen membersihkan kawasan di Tanah Perkuburan An Naim, Anduki diikuti dengan membacakan tahlil bagi keluarga yang sudah tiada.
Aktiviti yang berlangsung tadi pagi itu telah di ketuai oleh penjalan tugas Naib presiden Daerah Belait Saudara Hj Suliman bin Hj Duraman yang juga Ketua Biro Hal Ehwal Agama Islam , Timbalan Setiausaha Agung Saudara Pg Hj Md Sahrilan bin Pg Hj Ahmad , Pemangku Ketua Himpunan Wanita, Saudari Kartini binti Abdul Manap serta Ahli ahli Badan Perhubungan Daerah Belait.
Majlis ziarah kubur ini merupakan tradisi yang biasa dilakukan bagi umat Islam sebelum tibanya Hari Lebaran. Secara prinsip, melakukan ziarah kubur hukumnya sunah. Bahkan, sebagian ulama memperbolehkan melakukan tradisi ziarah kubur.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan