PERUTUSAN TUAN YANG TERUTAMA PEMANGKU PRESIDEN SEMPENA BULAN RAMADHAN 2021

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 115 Keluaran 13hb April 2021





Menjunjung Titah Membangun Bangsa

PERUTUSAN 

TUAN YANG TERTAMA
PEMANGKU PRESIDEN
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA (NDP)
SEMPENA MENYAMBUT KEDATANGAN
BULAN RAMADHAN YANG MUBARAK.

1 Ramadahn 1442H/14hb April 2021

 





Marhaban Ya Ramadhan,

Kita bersyukur kehadrat Allah SWT kerana atas limpah dan rahmatNya jua dapat kita bertemu di bulan yang mulia ini, dan Selawat serta salam ke atas junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW berserta dengan kaum kerabat dan pengikut Baginda yang setia lagi jujur hingga ke akhir zaman.


Saudara saudari sekalian,


Saya bagi pihak kepimpinan dan seluruh ahli ahli Parti Pembangunan Bangsa (NDP) dimana pun mereka berada mengucapkan selamat menyambut ketibaan Ramadhan yang Mubarak ini dan selamat menunaikan Ibadah Puasa rukun Islam yang ke tiga ini dengan penuh ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SWT jua Aamin Ya Rabbal Aalamiin kepada seluruh Umat Islam di Negara kita ini dan seluruh Umat Islam di dunia pada amnya.


Kita juga bersyukur di bulan Ramdhan pada tahun ini, keadaan Negara kita kembali reda dari penularan Wabak Covid19 jauh berbeza dari tahun lepas dimana di bulan yang sama kita berhadapan dengan wabak tersebut sehingga masjid dan balai ibadat juga turut di tutup dan kerananya kita harus menunaikan sembahyang Sunat Terawih hanya di rumah sendiri pada ketika itu.


Keadaan yang kembali baik ini adalah rahmat dan anugerah Allah SWT jua disambil doa doa sekalian rakyat dan umat Islam serta usaha yang tidak kendurnya oleh Pihak Kerajaan terutama mereka yang diamanahkan membendung wabak dari menular dan mereka yang berada dibarisan hadapan dalam mengawal dan menyembuhkan mereka yang terjangkit wabak berkenaan. Disamping itu kita harus juga berterima kasih kepada seluruh rakyat dan penduduk Negara ini yang mempunyai kepatuhan atas nasihat dan arahan pihak berkuasa dalam sama sama menjaga dan mencegah dari penularan berkenaan.


Namun kita harus juga berwaspada dan sentiasa mengikuti arahan pihak berkuasa kerana wabak covid19 ini belum lagi berakhir dan di kebanyakan Negara di luar sana masih saja tetap wujud dan sejak akhir ini banyak Negara juga mengenakan sekatan perjalanan (lock down) kembali disebabkan penularan yang berterusan.


Kita sedikit lega bahawa vaksin telah dapat dihasilkan dan kebanyakan Negara telah mula mendapatkannya termasuk Negara kita mendapat bekalan awal pada  bulan ini. Hanya sedikit kerisauan bahawa vaksin yang bernama AstraZeneca dimana Negara kita juga menggunakanya terdapat sedikit permasalahan mengenai implikasi selepas menggunakan vaksin berkenaan.


Banyak Negara telah menggantung penggunaan vaksin berkenaan disebabkan komplikasi yang terjadi. Di Negara kita sendiri sangat pantas pengawasannya yang mana vaksin berkenaan telah juga di gantung penggunaannya mengikut siaran rasmi Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam pada 6hb April 2021 yang lalu, sehingga kajian terperinci dilakukan keatas vaksin berkenaan, kendati pun telah ada rakyat kita yang menerima suntikan vaksin tersebut. Kita berdoa agar semua dalam keadaan baik dan selamat. Aamiin Ya Rabbal Alamin

 

Kita semua berharap agar pihak Kementerian Kesihatan tetap memberikan pengawasan yang maksimal dan dapat mencari solusi yang terbaik serta mengkaji dengan teliti dimasa akan datang sebelum meluluskan untuk penggunaan demi rakyat dan penduduk Negara ini termasuk dari segi kehalalannya dari hokum syarak.


Saudara Saudari Sekalian,


Disamping menunaikan ibadah Puasa di siang hari dan Sembahyang Terawih di malam hari dan ibadah yang lain dalam bulan ramadhan juga kita diwajibkan membayar zakat fitrah bagi diri sendiri berserta dengan tanggungan. Di Negara kita kebiasaannya dan tentukan pembayaran zakat fitrah melalui amil amil yang dilantik dan pusat pembayaran di masjid dan di balai ibadat.


Namun pada tahun ini diperkenalkan lagi satu kaedah pembayaran dengan menggunakan kaedah online. Kaedah berkenaan telah pun dilancarkan oleh Yang Berhormat Menteri Hal Ehwal Ugama pada awal bulan ini. Kita mengalu alukan apa pun kaedah yang baik bagi memudahkan Umat Islam melaksanakan tugas dan ibadah mereka yang di anjurkan oleh pihak Kerajaan.


Sehubungan dengan itu kita menyarankan agar pihak berkenaan mensosialisasikan dengan lebih kerap, jelas dan tepat mengenai kaedah tersebut dari segi hukum dan sanadnya agar kekeliruan tidak timbul oleh masyarakat dan Umat Islam Khususnya. Segala maklumat harus sampai keseluruh kemasyarakat Islam dan harus di mulai sedari awal agar umat Islam dapat memahami dengan jelas dan menerima kaedah berkenaan dengan baik.


Dalam kesempatan ini juga saya menyeru ahli ahli parti agar sentiasa memperbanyak ke ta'atan dan  ke taqwaan kepada Allah dan berdoa semoga segala ibadah kita di bulan yang Mubarak ini terima oleh Allah SWT. Aamiin Ya Rabbal Aalamiin. Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.

 

Sekian,  Wabillahi Taufeq Wal Hidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarkatuh.

 

 

Pg. Hj. Zainal Bin Pg. Talib
Pemangku Presiden
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA