PELANCARAN MAJLIS TEDARUS SEMPENA RAMADHAN 2021
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 116 Keluaran 14hb April 2021
PELANCARAN MAJLIS TEDARUS SEMPENA
RAMADHAN 2021
Limbaruh Hijau, 14hb April 2021 bersamaan 1 Ramadhan 1442H - Majlis pelancaran bacaan Ayat Ayat lazim bagi kegiatan Tedarus sempena bulan ramadhan telah diadakan. Pelancaran telah disempurnakan oleh Pengerusi majlis merangkap ketua Biro Hal Ehwal Agama Islam yang berlangsung di Anjung Syura, Markas Pusat Parti Pembangunan Bangsa dan telah dihadiri oleh kakitangan Jabatan Setiausaha Agung (JASA).
Majlis pelancaran yang diadakan merupakan bagi menandakan bermulanya tadarus bagi ahli ahli parti yang mengikuti kegiatan tersebut. Kegiatan tersebut telah disertai oleh barisan kepimpinan parti serta dikalangan ahli ahli parti diseluruh negara. Manakala acara kemuncak (Khatamal Alquran ) pula akan diadakan pada pertengahan bulan ramadhan akan datang.
Ulasan
Catat Ulasan