MESYUARAT PANATIA KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 113 Keluaran 12hb April 2021



                                        


MESYUARAT PANATIA KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 16 TAHUN 2021


Limbaruh Hijau, Isnin 12hb April 2021 -     Mesyuarat pertama Jawatankuasa Panatia bagi kongres Agung Tahunan Ke 16 tahun 2021 telah diadakan di Markas pusat Parti Pembangunan Bangsa. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli Ahli majlis Tertinggi serta ahli ahli parti dari akar umbi.



Mesyuarat pertama tersebut telah dipengerusikan oleh Saudari Halimah Binti Janai yang juga selaku Pengerusi Panatia yang telah dilantik dalam mesyuarat Majlis Tertinggi pada bulan Januari yang lepas. Didalam mesyuarat tersebut telah mengambil keputusan untuk melantik ahli ahli Dewan Harian selaku Jawatankuasa Pandu bagi kongres pada tahun ini. Selain dari jawatankuasa tersebut , mesyuarat juga telah melantik lebih kurang 20 orang ahli bagi memegang ketua ketua jawatankuasa didalam panatia selaku jawatankuasa kerja .Mesyuarat juga mengambil keputusan bagi melantik Saudara Mohammad Bin Tuah selaku Timbalan Pengerusi , manakala Saudara Ali Bin Ahad memegang jawatan selaku Setiausaha manakala Saudara Pg.Hj Sharilan Bin Pg Ahmad selaku penolong Setiausaha.



Terdahulu bacaan surah Al Fatihan dan doa selamat bagi memberkati majlis mesyuarat telah di bacakan oleh Ketua Biro Hal Ehwal Agama Islam juga merangkap Penjalan Tugas Badan Perhububgan Daerah Belait iaitu Saudara Hj Sulimqn bin Hj Duraman. Juga dibincangkan didalam mesyuarat tersebut ialah perancangan dan berberapa perkara mengenai persiapan awal. Mesyuarat telah mengambil ketetapan bagi melangsungkan kongres pada penghujung bulan June yang akan datang. Manakala mesyuarat kedua akan meyusul dalam masa terdekat bagi memgemaskinikan perkembangan persiapan. Turut memberikan motivasi didalam mesyuarat tersebut ialah Tuan yang Terutama Pemangku Presiden Pg Hj Zainal Bin Pg Talib dan Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus.













Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA