MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN BERBUKA PUASA
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 120 Keluaran 30hb April 2021
فرتي فمباغونن بغسا
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
MAJLIS KHATAM AL QURAN DAN BERBUKA PUASA
Limbaruh Hijau, 30hb April 2021 - Biro Hal Ehwal Ugama Islam Parti Pembangunan Bangsa sekali lagi pada tahun ini telah mengadakan majlis khatam Alquran sempena bulan ramadhan 1442H. Majlis diselajurkan dengan majlis berbuka puasa. Hadir pada majlis tersebut barisan kepimpinan dan ahli ahli parti serta peserta peserta yang turut membacakan bacaan tadarus sempena bulan ramadhan pada tahun ini.
Mengepalai majlis khatam tersebut ialah Saudara Hj Sulaiman Bin Hj Duraman yang juga pengerusi bagi majlis tersebut. Turut hadir selaku tetatmu jemputan ia Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden Saudara Pg.Hj Zainal Bin Pg Talib disamping Saudara Hj Yunus Bin Momin ahli Lembaga Penasihat , Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus dan Bendahari Agong Saudara Mohd Abdullah Peter Bin Abdullah Saging. Majlis merupakan acara rutin setiap tiba nya bulan ramadhan dan majlis tersebut diselajurkan dengan majlis berbuka puasa.
Ulasan
Catat Ulasan