MENYUSUR TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MAJLIS ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KE- 17 MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2021
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 104 Keluaran 15hb March 2021
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
MENYUSUR TITAH
KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA PADUKA SERI BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU'IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL-MARHUM SULTAN HAJI OMAR 'ALI SAIFUDDIEN SA'ADUL KHAIRI WADDIEN, SULTAN DAN YANG DI-PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
SEMPENA
MAJLIS ISTIADAT PEMBUKAAN RASMI MESYUARAT PERTAMA DARI MUSIM PERMESYUARATAN KE- 17 MAJLIS MESYUARAT NEGARA 2021
PADA 15HB MARCH 2021
Limbaruh Hijau Rabu, 15hb Mac 2021 - Parti
Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih atas titah perkenan Kebawah DYMM Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang di Pertuan Negara
Brunei Darussalam sempena Pembukaan Rasmi Persidangan Mesyuarat Pertama dari
Musim Permesyuaratan ke 17 Majlis Mesyuarat Negara.
Baginda bertitah, seperti sedia diketahui
penularan Coronavirus memberi impak besar kepada sosio ekonomi dunia tidak
terkecuali juga Negara Brunei Darussalam namun alhamdulillah berkat
usaha bersepadu semua pihak dan doa yang terus menerus dirafakkan maka negara
kita telah berjaya membendung wabak berkenaan. Tahniah yang hangat dari Baginda
kepada semua petugas barisan hadapan dan bahkan seluruh lapisan masyarakat yang
sama sama berganding bahu bersama kerajaan semoga kerjasama ini dapat berkekalan
tegas Baginda.
Baginda juga bertitah seperti lazim
banyak perkara yang sedang dan akan dilaksanakan oleh kerajaan khususnya yang
berkaitan dengan pembangunan model insan, ekonomi dan usaha mengukuhkan
kedayatahanan fiskal negara. Semua ini memerlukan komitmen seluruh lapisan
terutama sekali pemegang dasar kerajaan.
Pemegang dasar di kehendaki telus dan berani di
dalam persidangan ini. Perbincangan janganlah di limit untuk menyekat pandangan
atau pendapat pendapat daripada para ahli kerana sesungguhnya peluang disini
tidak banyak cuma sekali dalam setahun oleh itu wajarlah para ahli berbincang
dengan rancak tetapi sihat.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
menyokong dan menjunjung kasih atas titah Kebawah DYMM dan sangat bersetuju
bahawa penularan coronavirus memberikan kesan kepada ekonomi dunia dan Negara
Brunei Darussalam sendiri. NDP juga menyokong langkah kerajaan dalam
meningkatkan pembangunan Model Insan, ekonomi dan usaha kearah mengukuhkan
kedayatahanan fiskal Negara.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
menyokong bahawa semua pihak perlulah memainkan peranan dan dengan
sesungguhnya. NDP berharap Titah Kebawah Duli yang saban tahun mengingatkan mengenai
keberanian patutlah menjadi pegangan kepada ahli ahli Majlis Mesyuarat Negara
dalam menyampaikan aspirasi dari akar umbi yang mewakili mereka.
Menurut Baginda, sentiasa mengikuti
perkembangan ahli ahli Yang Berhormat dalam mengadakan sesi muzakarah bersama
dengan kementerian kementerian bagi menyampaikan isu isu yang dibangkitkan oleh
anak anak buah mukim dan kampong masing masing serta peniaga peniaga tempatan.
Menurut Baginda, sesi muzakarah ini elok
diteruskan dari masa kesemasa tanpa menunggu musim permesyuaratan Majlis
Mesyuarat Negara tiba.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) juga
menyokong akan Titah Baginda bahawa sesi muzakarah perlu diteruskan dari masa
kesemasa agar isu isu yang menyangkut kepentingan negara dapat ditangani dan
diperbincangkan sedari dini lagi oleh berbagai pihak yang mempunyai kepentingan.
Dalam hubungan ini NDP juga berharap agar pandangan dari pertubuhan politik
sewajarnya juga diambil kira dalam pembangunan Negara.
Disamping itu NDP juga berharap Pihak
Kerajaan melalui kementerian kementerian akan juga membuka ruang bersilaturahim
dan dialog dengan Pihak Parti seperti yang telah dilakukan bersama Kementerian
Kewangan dan Ekonomi bersama kepimpinan NDP.
Titah Baginda, banyak isu penting yang boleh dimuzakarahkan seperti mengenai fiskal kerajaan yang menurun disebabkan oleh ketidak tentuan harga minyak global, apakah yang sudah terjadi kepada hasil pendapatan Negara jika terdapat sebarang unsur negative bagaimanakah cara menanganinya. Demikian juga isu lain seperti Skim Tabung Amanah Pekerja (TAP) yang masih saja menjadi persoalan umum sama ada ia dapat menjamin ahli ahlinya menghadapi hari hari persaraaan termasuk untuk turut menyara keluarga yang masih menjadi tanggungan, ini semua tiada halangan untuk dibincangkan semata mata pada peringkat perbincangan tanpa perlu mengambil sebarangan rumusan atau keputusan tetapi yang penting kita mahu melihat dahulu percambahan fikiran mengenainya terutama daripada ahli ahli yang dilantik.
Mengenai dengan isu Tabung Amanah Pekerja(TAP), NDP menyokong akan Titah Baginda bahawa ia perlu diperbincangkan memandangkan bahawa isu ini menyangkut soal kehidupan seharian setelah bersara. Dalam hubungan ini NDP telah juga mengangkat usul mengenai Tabung Amanah Pekerja dalam di Kongres Agung Tahunan Parti.
Baginda mengambil maklum bahawa
hampir separuh daripada peruntukan belanjawan yang disediakan pada setiap tahun
adalah untuk gaji kakitangan dan selebihnya untuk perbelanjaan berulang ulang,
namun beberapa projek dibawah program penyatuan fiskal yang diperkenalkan
oleh kementerian kewangan dan ekonomi sejak tahun kewangan 2018 -2019 telah
mula menampakan hasilnya.
Mengenai isu pengangguran, Kerajaan
Baginda melalui Manpower Planning And Employment Council (MPEC) telah berjaya
menurunkan kadar pengangguran, Insyaa Allah dengan perlaksanaan beberapa
inisiatif dibawah ekonomi blueprint Negara akan dapat menjana peluang peluang
pekerjaan untuk anak anak tempatan, cuma diharapkan peluang peluang yang
disediakan itu janganlah disia siakan dengan memilih pekerjaan kerana mindset
seumpama ini tidak menguntungkan, Titah Baginda.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP)
menjunjung kasih atas Titah Kebawah DYMM mengenai isu pengangguran dan berdoa
semoga langkah Kerajaan melalui MPEC membuahkan hasil dan kadar pengangguran
dapat dikurangkan sehingga ketahap yang sekecil kecilnya.
Titah Baginda lagi, pada tahun 2021
ini Negara Brunei Darussalam akan mempengerusikan mesyuarat mesyuarat di
peringkat ASEAN dengan Tema : We Care, We prepare, We Prosper. Tema ini membawa
makna yang luas sama ada diperingkat Asean maupun kepada Negara Brunei
Darussalam sendiri. Baginda mengakhiri Titah dengan berdoa semoga
permesyuaratan kali ini akan dapat berjalan lancar dan mampu untuk mencetuskan
perbahasan dua hala yang bernas bagi melaksanakan projek projek dibawah
peruntukan Tahun Kewangan 2021 – 2022.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) mengucapkan tahniah kepada Negara Brunei Darussalam yang akan mempengerusikan mesyuarat mesyuarat Asean dan menyokong tema yang di bawa oleh Negara. NDP juga mengucapkan tahniah dan selamat bersidang kepada Majlis Mesyuarat Negara dalam permesyuaratan musim ke 17 ini.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa.
Selaku anakbuah kampong sayamerasa dukacita kerana YB yang d atorkan menguasi kampong tidak pernah bersuamuka dengan penduduk kampong(atau saya terlepas pandang atau kurang peduli dengan kegiatan YB
BalasPadamseingat saya YB d amnahkan tidak pernah melangkah kaki kekampong tempat saya tinggal