DESTINASI KE TIGA DAERAH TUTONG PROGRAM MENYUSUR DESA & PERSISIR SUNGAI 2021
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 108 Keluaran 30hb March 2021
DISTINASI KE TIGA DAERAH TUTONG PROGRAM MENYUSUR DESA & PERSISIR SUNGAI 2021
Bergambar ramai dihadapan kolam ikan keli |
Limbaruh Hijau Selasa , 30hb Mac 2021 – Parti Pembangunan Bangsa telah melaksanakan program MENYUSUR DESA DAN PESISIR SUNGAI bagi edisi ke tiga ke Daerah Tutong.
Rumah kediaman salah seorang ahli himpunan wanita |
Kedatangan rombongan telah disambut oleh Pemangku Naib Presiden Daerah Tutong Saudara Mohamad Abdullah Peter Bin Abdullah Saging. Rombongan juga disertai oleh TYT pemangku Presiden Saudara Pg Hj Zainal Bin Pg Talib dan Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus serta Ahli ahli jawatankuasa program.
Saudari Kartini Timbalan Pengerusi Menyusur Desa dan Pesisir Sungai ketika berucap |
Program kali ini mula mula menuju ke rumah kediaman salah seorang ahli parti yang terletak di kampong Serambangun Tutong . Disana penyampaian barang keperluan dapur telah diserahkan oleh pemangku Naib Presiden Daerah Tutong.
Dari destinasi pertama rombongan meneruskan perjalanan menuju ke destinasi kedua iaitu sebuah perusahaan ternakan ikan keli yang diusahakan oleh anak tempatan bertempat dikampong Layong .
Kunjungan ini merupakan destinasi terakhir dan merupakan kemuncak program ke Daerah Tutong. Rombongan telah disambut oleh pengurus perusahaan tersebut.
Dihujung acara kemuncak tersebut ucapan daripada Timbalan Pengerusi Program Saudari Kartini binti Abdul Manap , selaku ketua ajk program pada hari ini . Dalam ucapan nya , beliau mengongsikan tujuan program tersebut diadakan. Program ini merupakan satu kegiatan yang telah diarahkan didalam Ucapan Dasar Pemangku Presiden di Kongres Agong Tahunan ke-14 tahun 2019 , selain dari mengadakan muzakarah dan kunjungan kerumah ahli parti serta bertujuan merapatkan dan bersilaturrahmi antara kepimpimpinan dan ahli ahli parti diakar umbi. Manakala ucapan alu aluan daripada Pemangku naib Presiden Daerah Tutong.
Diikuti dengan ucapan oleh TYT Pemangku Presiden . Didalam ucapan nya , beliau menyatakan bahawa program ini sesungguhnya amat bermakna dalam kita berusaha menggerakkan aktiviti parti dengan cara keluar dari lingkungan markas secara bersama-sama meninjau suasana dipelusuk negara sambil kita dapat berhubung langsung dengan ahli-ahli diperingkat akar umbi. Program ini amat bermanfaat kerana inilah peluang keemasan untuk bersua muka dengan para ahli di Peringkat Daerah dan Ranting sambil meninjau pandangan dari akar umbi mengenai perkembangan masyarakat dan ahli diperingkat pusat.
Acara diakhiri dengan ucapan oleh Setiausaha Agong sebelum bergerak balik . Program Menyusur Desa dan Pesisir Sungai seterusnya akan diadakan ke Daerah Temburong yang akan diadakan pada hari Rabu , 31hb March 2021esok .
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Ulasan
Catat Ulasan