DAERAH TEMBURONG MENJADI DESTINASI PROGRAM MENYUSUR DESA & PERSISIR SUNGAI 2021

 

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 109 Keluaran 31hb March 2021





DAERAH TEMBURONG MENJADI DESTINASI 
PROGRAM  MENYUSUR DESA & PERSISIR SUNGAI 
2021

Jambatan Sultan Omarali Saifuddien


Limbaruh Hijau Selasa , 31hb Mac 2021  – Program Menyusur Desa Dan Pesisir Sungai bagi edisi ke empat pada kali ini menuju destinasi nya  ke Daerah Temburong.

Bergambar ramai  bersama Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden dan
Timbalan Pengerusi Program Saudari Kartini sebelum berlepas ke Daerah Temburong 


Kedatangan rombongan yang juga disertai oleh TYT pemangku Presiden Saudara Pg Hj Zainal Bin Pg Talib , Penjalan Tugas Naib Presiden Daerah Belait Saudara Hj Suliman Bin Duraman, Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus , Bendahari Agung Saudara Mohamad Abdullah Peter Bin Abdullah Saging Merangkap Pemangku Naib Presiden Daerah Tutong, Ketua Himpunan Hal Ehwal Non Muslim Saudara Mantar Bin Perayam, Ketua Himpunan Pemuda Saudara Sofian Bin Taha, Ahli ahli Majlis Tertinggi serta Ahli ahli jawatankuasa program serta Ahli ahli Parti Pembangunan Bangsa telah disambut oleh Naib Presiden Daerah Temburong Saudara Hj Zaini Bin Abu Bakar serta Ahli ahli Badan Perhubungan Daerah Temburong. 

Bergambar ramai sebelum meneruskan program

Rombongan Program kali ini mula mula menuju ke rumah persinggahan kerajaan di Pekan Bangar Temburong dimana konvoi bermula menuju ke  salah sebuah gerai yang terdapat di Kampong Selangan  . Disitu telah diadakan perbincangan  diantara Naib Presiden dan Kepimpinan serta ahli ahli yang hadir sambil menikmati sarapan pagi.


Rombongan singgah menikmati sarapan pagi sebelum meneruskan perjalanan.

Timbalan Pengerusi Program Saudari Kartini binti Abdul Manap , selaku ketua ajk program pada edisi keempat ini  dan membuka tirai ucapan selaku pengerusi di program ini. Antara intipati ucapan beliau  , adapun kejayaan melaksanakan program ini merupakan lambang kesetiaan kawan yang benar benar memberikan komitmen dan sanggup berkerja keras dalam memastikan kesempurnaan program ini dan semua kerja kerja tersebut tidak lah semudah mana , ia nya memerlukan team yang betul betul ampuh dan bukan sekadar untuk mengadakan dan menjalankan seperti melepaskan batuk ditangga dan mengakui semua yang terlibat bukan sebarangan orang , bukan pengecut yang meninggalkan tanggungjawab  namun rasa tanggungjawab yang memang tertanam dijiwa di setiap ahli ahli jawatankuasa nya sanggup melaksanakan walau dalam apa keadaan sekalipun. 

Saudari Kartini Binti Abdul Manap Timbalan Pengerusi Program Menyusur Desa Dan Pesisir Sungai Ketika memberikan ucapan

Tambah beliau Program ke empat yang di adakan  merupakan penutup sementara kegiatan menyusur desa dan pesisir sungai memandangkan bahawa kita akan menjalan kan ibadah puasa yang in syaa Allah akan bermula pada 13hb April. Dalam pada itu juga beliau menyatakan program yang dijalankan ini merupakan satu latihan bagi semua ahli ahli jawatankuasa sambil belajar bagaimana cara mengendalikan setiap program dan acara. Tegas beliau secara jujur beliau merasakan bersyukur , terpilih untuk menjayakan program ini. Dan latihan ini merupakan persiapan bagi kami mengadakan majlis dan program program yang lebih besar .

Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden Ketika memberikan ucapan


Diikuti dengan ucapan oleh TYT Pemangku Presiden . Didalam ucapan nya , beliau menyatakan bahawa program ini sesungguhnya telah tidak secara langsung menyumbang  menggerakkan aktiviti parti . Program ini amat bermanfaat kerana inilah peluang keemasan untuk bersua muka dengan para ahli  di Peringkat Daerah dan Ranting sambil meninjau pandangan dari akar umbi mengenai perkembangan masyarakat dan ahli diperingkat pusat. Selain daripada TYT Pemangku Presiden,  Ketua Himpunan Hal Ehwal Non Muslim dan Setiausaha Agung juga turut berucap .

Naib Presiden Daerah Temburong Saudara Hj Zaini Bin Bakar ketika berucap alu aluan kepada rombongan Program
Menyusur Desa dan Pesisir Sungai

Terdahulu ucapan alu aluan dari Naib Presiden Daerah Temburong, didalam ucapan beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada rombongan Program dan beliau mengimbas kembali lawatan ini merupakan lawatan kedua sejak Kepimpinan 2019-2021. 


Dikesempatan  melaksanakan program tersebut , Rombongan Program Menyusur Desa dan Pesisir Sungai juga membuat beberapa persinggahan ke beberapa tempat perushaan penduduk tempatan yang mengusahakan pembuatan telur masin dan penternakan itik Hazeeyah Agro Farm .


Dari situ rombongan meneruskan perjalam konvoi Program tersebut ke rumah kediaman salah seorang ahli Parti Saudari Glara Binti Pital di Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati Kampong Rataie, Daerah Temburong ,disana telah diserahkan sedikit sumbangan berupa barang keperluan dapur yang telah disampaikan oleh Naib Presiden Daerah Temburong.

 



Menjunjung Titah Membangun Bangsa


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA