PARTI PEMBANGUNAN BANGSA MENYERTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE 37 TAHUN 2021

 

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 98 Keluaran 23hb Februari 2021




فرتي فمباغونن بغسا

PARTI PEMBANGUNAN BANGSA


PARTI PEMBANGUNAN BANGSA MENYERTAI PERBARISAN HARI KEBANGSAAN KE 37 TAHUN 2021

 


Limbaruh Hijau 23hb Februari 2021    -    Seramai sepuluh orang barisan kepimpinan telah mewakili Parti Pembangunan Bangsa dalam perbarisan sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) yang ke 37 tahun. Sambutan yang telah diadakan di Padang Sir Muda Omar Ali Saifuddin, Bandar Seri Begawan.

 

Perbarisan yang mewakili Parti Pembangunan Bangsa di sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam Ke 37 Tahun telah diketuai oleh Pengerusinya Saudara Ali Bin Ahad. Turut serta dalam perbarisan tersebut ialah Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden Pg Hj Zainal bin Pg Talib , Setiausaha Agung Saudara Ahmad Bin Hj Timpus , Ahli ahli Majlis Tertinggi dan ahli ahli Parti Pembangunan Bangsa.

 


Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam (NBD) tahun ini berbeza daripada Sambutan-sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan lalu memandangkan seluruh dunia telah mengalami dan merasai kesan perubahan norma baharu, termasuklah NBD berikutan Pandemik COVID-19 yang telah dan terus meninggalkan kesan yang amat mendalam kepada setiap lapisan masyarakat sejak awal tahun 2020.

 


Namun, ia bukanlah satu penghalang bagi setiap Rakyat dan Penduduk NBD untuk meraikan Sambutan Ulang Tahun Hari Kebangsaan dalam norma baharu sebagai manifestasi kita selaku rakyat dengan perasaan penuh semangat, kebanggaan dan patriotisme kepada raja yang berdaulat juga negara kita yang merdeka yang akan sentiasa utuh dan berkekalan walaupun berhadapan dengan apa jua keadaan.

 

Sambutan  diraikan secara signifikan dengan memastikan impak yang berkesan dan berkualiti ke arah memperkukuhkan semangat patriotisme juga bersatu padu, yang disesuaikan dengan norma baharu, termasuklah dengan mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Negara Brunei Darussalam. Sambutan yang dipersembahkan dalam suasana penuh semangat, ceria dan berwarna-warni dengan memperlihatkan perpaduan ke arah pemantapan ketamadunan juga sejarah bangsa.

Ulasan

  1. Alhamdulillah.. semoga Allah melindongi Negara kita sebagai sebuah Negara Aman Makmur di jauhi dari kemurkaan Allah S.W.T dan bertentangan dengan ajaran Al Quran dan Sunah Nabi Muhammad S.A.W junjungan nabi kita.. Aamiin..

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA