PARTI PEMBANGUNAN BANGSA MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL QURAN
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 96 Keluaran 22hb Februari 2021
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA MENGADAKAN MAJLIS KHATAM AL QURAN
Limbaruh Hijau 22hb Februari 2021 - Parti Pembangunan Bangsa telah mengadakan majlis Khatam Al Quran sempena pengisian acara parti dibulan kemerdekaan. Acara berlangsung di Anjung Syura Markas Pusat, Jerudong.
Majlis dihadiri oleh TYT Pemangku Presiden Pg Hj Zainal bin Pg Talib ,Pengerusi Lembaga Penasihat Saudara Hj Juned Bin Ramli , Setiausaha Agung Saudara Ahmad bin Hj Timpus , Ahli Ahli Lembaga Penasihat , Barisan Kepimpinan serta ahli ahli Parti dan peserta peserta pembaca yang telah ikut serta mengkhatamkan Alquran secara perkumpulan. Acara tersebut telah diungkayahkan oleh Biro Hal Ehwal Ugama dengan kerjasama Jabatan Setiausaha Agung (JASA) .
Acara khatam beramai ramai dikepalai oleh Saudara Hj Suliman Bin Hj Duraman Penjalan Tugas Naib Presiden Daerah Belait ,Ketua Hal Ugama merangkap Pengerusi majlis Khatam Al Quran Sempena Sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Ke 37 Tahun 2021.
Majlis ini juga merupakan acara rutin tahunan parti yang melibatkan partisipasi seluruh ahli parti yang berugama islam. Majlis ini juga diserikan dengan persembahan dikir oleh ahli Himpunan Wanita Parti Pembangunan Bangsa (HAWA) . Doa selamat bagi memohon keberkatan dan kesejahteraan negara telah dibacakan oleh Saudara Hj Suliman Bin Hj Duraman.
Mennjunjung Titah Membangun Bangsa
Alhamdulillah.. Semoga Allah S.W.T, mempermudahkan segala urusan Negara menuju ke wawasan 2035, demi Kesejetaraan Rakyat. Aamiinn.. Ya Allah..
BalasPadam