MESYUARAT BULANAN MAJLIS TERTINGGI KALI KE 2 TAHUN 2021

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 101 Keluaran 27hb Februari 2021

 

 

 

Menjunjung Titah Membangun Bangsa

 





 
MESYUARAT BULANAN MAJLIS TERTINGGI KALI KE 2 TAHUN 2021


Limbaruh Hijau, Sabtu 27hb Februari 2021  -  Mesyuarat Majlis Tertinggi telah diadakan pada petang tadi. Mesyuarat rutin bulanan ini dipengerusikan oleh Tuan Yang Terutama Saudara Pengiran Haji Zainal Bin Haji Talib yang juga selaku Pemangku Presiden Parti Pembangunan Bangsa, NDP. Mesyuarat telah dihadiri oleh Naib Naib Presiden Daerah dan Ahli Ahli Majlis Tertingginya.

 



Didalam mukadimah mesyuarat tersebut, Pengerusi mengucapkan terima kasih kepada semua ahli ahli terutama kepada Naib Naib Presiden yang berkesudian hadir dalam permesyuaratan ini. Mesyuarat yang di awali dengan Surah Al Fatihah diketuai oleh Saudara Haji Suliman Bin Hj Duraman, Penjalan Tugas tugas Naib Presiden Daerah Belait. Mesyuarat telah diperdengarkan dengan laporan laporan dari Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Naib Naib Presiden serta Ketua Ketua Biro nya.  

 




Di dalam mesyuarat tersebut itu juga telah disampaikan surat lantikan Pengerusi Panatia Kongres Agung Tahunan Ke 16 Tahun 2021 kepada Saudari Halimah binti Janai. Penyampaian surat lantikan tersebut telah disempurnakan oleh TYT Pemangku Presiden Pg Hj Zainal bin Pg Talib.

 

Menjunjung Titah Membangun Bangsa


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA