MENYUSUR TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH MU’IZZADDIEN WADDAULAH IBNI AL MARHUM SULTAN OMAR ‘ALI SAIFUDDIN SA’ADUL KHAIRI WADDIEN SULTAN DAN YANG DI – PERTUAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA BRUNEI DARUSSALAM KE 37 TAHUN 2021.

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 99 Keluaran 23hb Februari 2021





MenjunjungTitah Membangun Bangsa


MENYUSUR TITAH

KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA

BAGINDA SULTAN HAJI HASSANAL BOLKIAH

MU’IZZADDIN WADDAULAH IBNI AL MARHUM

SULTAN OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN SA’ADUL KHAIRI

 WADDIEN SULTAN DAN YANG DI – PERTUAN

 NEGARA BRUNEI DARUSSALAM SEMPENA

 MENYAMBUT HARI KEBANGSAAN NEGARA

 BRUNEI DARUSSALAM KE 37 TAHUN 2021.

 





Limbaruh Hijau 23hb Februari 2021 - Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menjunjung kasih atas Titah perkenan Kebawah DYMM Baginda Sultan dan Yang di Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena menyambut Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam kali ke 37 tahun 2021 ini.

 

Antara intisari Titah Baginda menyatakan rasa syukur atas limpah kurnia dari Allah Subhanahu Wata’ala yang telah mengizinkan kita sama sama menyambut Hari Kebangsaan walau pun dengan keadaan berbeza namun kita masih dapat merayakannya.


Baginda berpesan Kemerdekaan yang dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wata‘ala adalah juga nikmat untuk disyukuri, kita jangan lupa bukan sekadar berpesta untuk diraikan atau di ingati bahkan ia mengingatkan kita kepada banyak perkara antaranya bagaimana untuk membangun diri dari malas kepada rajin, dari lambat kepada cepat dan dari mundur kepada maju.

 

Inilah matlamat utama yang perlu dituju oleh bangsa merdeka. Bangsa yang merdeka tidak boleh lalai atau lambat bertindak kerana persekitaran bukan statik tetapi cepat berubah dan perubahan itulah namanya perkembangan. Bangsa merdeka mesti mengikuti perkembangan dan mencipta kemajuan.


Kemajuan itu terbahagi dua, kemajuan fizikal dan kemajuan spiritual. Kemajuan fizikal dicapai dengan teknologi dan tulang empat karat sementara kemajuan spiritual pula digarap dengan belajar dan praktikal ibadah. Inilah cara kita mengisi kemerdekaan iaitu dengan menjana kemajuan fizikal sejajar dengan kemajuan spiritual kedua-dua nya mesti berjalan seiring untuk memenuhi tuntutan negara. Maka untuk itu kita perlu memiliki model insan yang gigih dan berkualiti yang berpendidikan duniawi dan ukhrawi serta mampu untuk menangani segala cabaran.

 

Parti Pembangunan Bangsa (NDP) menyokong penuh Titah Kebawah DYMM tersebut dan berpandangan Titah Baginda adalah untuk mengingatkan seluruh rakyat dan kita semua haruslah berfikir dan bertindak selaku Bangsa Merdeka dari itu sikap dan perubahan dalam diri juga harus berubah meninggalkan pemikiran dan pendidikan penjajah dari semua sudut.

 

Disamping itu menjadi bangsa yang Merdeka harus mampu berdikari dengan berdiri diatas kaki sendiri dari semua sudut, mampu menyediakan keperluan permakanan asasi sendiri seperti beras, daging, ikan dan sayur dan barangan keperluan tanpa bergantung dari dunia luar ini lah sesungguhnya dikatakan Bangsa yang merdeka.

 

Selain dari itu sebagai Bangsa Merdeka semangat dan jati diri bangsa juga diperlukan jangan sampai mengejar kemajuan kita terjerumus kekancah penjajahan dalam apa pun bentuknya kerana kelalaian seperti yang ditekankan oleh Titah Baginda.


Akhirnya NDP menjunjung kasih dan menyokong akan Titah Baginda berkenaan.   


 

Menjunjung Titah Membangun Bangsa

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA