MESYUARAT BULANAN MAJLIS TERTINGGI JANUARI 2021

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 88 Keluaran 23hb Januari 2021

 



MESYUARAT BULANAN PERTAMA MAJLIS TERTINGGI BAGI TAHUN 2021

 

Limbaruh Hijau Sabtu, 23hb.Januari 2021 -               Markas Pusat, Parti Pembangunan Bangsa NDP, Mesyuarat bagi Ahli Ahli Majlis Tertinggi telah di adakan pada petang tadi di Anjung Syura dengan di hadiri oleh ahli ahli Majlis Tertinggi.

Mesyuarat Ini merupakan mesyuarat  bulanan yang pertama bagi ahli tersebut. Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang di pimpin oleh Saudara Hj Suliman Bin Hj Duraman , Ketua Biro Hal Ehwal Ugama yang juga Penjalan tugas tugas Naib Presiden Daerah Belait.


Mesyuarat telah dipengerusikan oleh TYT Pemangku Presiden Saudara Pg.Hj Zainal Bin Pg.Talib dimana beliau mengucapkan terima kasih kepada ahli ahli yang hadir pada mesyuarat tersebut. Mesyuarat dihadiri oleh ahli ahli majlis Tertinggi serta Naib Naib Presiden . Didalam mesyuarat tersebut telah diperdengarkan laporan dari Naib Naib Presiden , Setiausaha Agong , Bendahari Agong disamping Laporan dari Biro Biro Parti serta ketua ketua Himpunan.



Didalam pembentangan laporan  , Setiausaha Agong telah membentangkan laporan  kegiatan kegiatan yang mengambil tempat dan dijalankan sepanjang bulan Januari 2021 serta mengongsikan beberapa keputusan yang telah dibuat didalam mesyuarat Dewan Harian. Disamping itu juga Setiausaha Agung melaporkan beberapa aktiviti termasuk program menyusur Desa yang telah dilancarkan pada 20hb Januari yang lalu mana kala program seterusnya akan mengambil tempat dalam masa terdekat. Saudara Mohammad Abdullah Peter Bin Abdullah Saging , Bendahari Agong telah melaporkan bagi pihak Pemangku Naib Presiden Daerah Tutong  dan Bendahari Agong dalam laporannya membentangkan perbelanjaan serta kunci kira kira Parti Pembangunan Bangsa.

 


Dalam laporan dari dewan Harian , Setiausaha Agung Saudara Ahmad Bin Hj Timpus telah memaklumkan keputusan keputusan mesyuarat Dewan Harian yang telah bersidang pada 21hb Januari 2021 yang lalu. Beliau telah mengumumkan lantikan Pengerusi Suruhanjaya Pemilihan Umum Parti Pembangunan Bangsa yang akan di Pengerusikan oleh Saudara Hj Mohd Abihu Rairah Bin Hj Ghazali.






Manakala Saudara Hj Abdullah Bin Hj Silim telah dilantik sebagai Pengerusi Panatia Kongres Agung Tahunan Ke 16 Tahun 2021 dan Saudara Ali Bin Ahad telah di lantik selaku  Pengerusi Sambutan Kemerdekaan Negara Brunei Darussalam yang ke 37 Tahun peringkat Parti Pembangunan Bangsa . Surat surat lantikan bagi semua jawatan  tersebut telah disampaikan oleh TYT Pmk. Presiden , Pg Hj Zainal bin Pg Talib. Mesyuarat di akhiri dengan bacaan surah Al Asr beramai ramai yang telah dikepalai oleh saudara Hj Suliman Bin Duraman.


                               Menjunjung Titah Membangun Bangsa

Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Semoga Allah S.W.T mempermudahkan segala urusan Parti pembangunan Bangsa (NDP) bergerak dari masa kesemasa dan Tahniah bagi yang telah dilantik kerana diberikan kepercayaan penuh demi NDP, menjalankan tanggung jawap yang telah di amanahkan dari kepimpinan Parti.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA