MAJLIS PELANCARAN PROGRAM MENYUSUR DESA & PERSISIR SUNGAI 2021

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa         

Bil 86 Keluaran 20hb Januari 2021

 

                                             




MAJLIS PELANCARAN MENYUSUR DESA & PERSISIR SUNGAI 2021


Limbaruh Hijau  Rabu, 20hbJanuari 2021  –Parti Pembangunan Bangsa telah mengadakan satu program MENYUSUR DESA DAN PESISIR SUNGAI  yang telah dilancarkan pada pagi tadi bertempat  dirumah kediaman Saudari Rosiah Binti Alah di Kg Tunggulian, Sg Liang.

 


Majlis telah dimulakan dengan bacaan surah Al-fatihah yang telah dikepalai oleh Saudara Hj Suliman Bin Hj Duraman  Ketua Biro Hal Ehwal Ugama Islam dan Penjalan tugas tugas Naib Presiden Daerah Belait , diikuti dengan ucapan dari Pengerusi Program Saudari Rosiah Binti Alah.


Dalam ucapan Pengerusi program , beliau mengongsikan tujuan program tersebut diadakan. Program ini merupakan satu kegiatan yang telah diarahkan didalam Ucapan Dasar Pemangku Presiden di Kongres Agong Tahunan ke-14 tahun 2019 , selain dari mengadakan muzakarah dan kunjungan kerumah ahli parti serta bertujuan merapatkan dan bersilaturahim antara kepimpimpinan dan ahli ahli parti diakar umbi.

 




Turut berucap dalam program tersebut ialah Penjalan tugas tugas Naib Presiden Daerah Belait Saudara Hj Suliman Bin Hj Duraman.Diikuti dengan ucapan oleh Pemangku Ketua Himpunan Wanita Saudari Kartini Binti Abd Manap . Didalam ucapan nya , beliau menyatakan bahawa program ini sesungguhnya amat bermakna dalam kita berusaha menggerakan aktiviti parti dengan cara keluar dari lingkungan markas secara bersama-sama meninjau suasana dipelusuk negara sambil kita dapat berhubung langsung dengan ahli-ahli diperingkat akar umbi. Program ini amat bermanfaat kerana inilah peluang keemasan untuk bersua muka dengan para ahli wanita di Peringkat Daerah dan Ranting sambil meninjau pandangan dari akar umbi mengenai dengan himpunan wanita dan seterusnya kita cuba juga untuk menyampaikan perkembangan wanita diperingkat pusat.

 




Seramai 4 ketua ketua biro telah terlibat dalam memberikan ucapan pada pelancaran tersebut termasuk ketua Biro Pemerkasaan Parti Saudari Halimah Binti Janai  yang telah berucap selepas ucapan dari Pemangku Ketua Hawa . Dalam ucapan tersebut , beliau telah memberikan penerangan mengenai biro yang diketui oleh beliau seperti yang diucapkan dalam ucapan beliau “Biro Pemerkasaan Parti adalah sebuah biro yang diujudkan dalam NDP bagi meningkatkan keupayaan parti terutama bagi memberikan latihan dan bimbingan kepada ahli-ahli parti agar lebih kehadapan dalam segi pemikiran dan tindakan serta mempunyai kelebihan dan keunggulan serta pengetahuan agar dilihat mempunyai daya saing yang tinggi dan berdaya maju . Disamping itu biro ini juga berusaha untuk mendekatkan NDP kepada badan-badan bukan kerajaan (NGOs) dan orang-orang professional dengan focus group bagi tujuan mengadakan perbincangan dan percambahan pemikiran dalam bentuk diskusi, wacana, forum dan sebagainya bagi membicarakan berbagai isu yang menyangkut kepentingan bangsa dan Negara . Sejauh ini Biro Pemerkasaan Parti telah berhasil mengungkayahkan dua program iaitu Program Diskusi yang membicarakan Tema Kongres Agung Tahunan ke-15 yang bertajuk “Merealisasikan Kedewasaan Politik” dan Kursus singkat Kemahiran Berucap Dikhalayak Awam dikendalikan secara bersama-sama dengan Biro Kebudayaan Tradisional dan Sumber Dayakreatif dan Warisan yang di pimpin oleh Saudara Hj Abdullah Bin Hj Silim yang juga bertindak sebagai penceramahnya.”

 




Ketua Biro Pemantau Titah Saudari Puspalinda Binti Abidin juga berkesempatan memberikan ucapan dimana antara lain yang beliau ucapkan adalah " mengenai Biro Pemantau Titah ini diujudkan didalam Majlis Tertinggi bagi memaknai motto atau slogan Parti Pembangunan Bangsa iaitu “Menjunjung Titah Membangun Bangsa” . Ia juga bagi mempastikan bahawa NDP  selalu peka dan sentiasa berusaha menyaluki serta menganalisis akan Titah-Titah Baginda bagi panduan kita bersama . Untuk makluman bersama sejauh ini iaitu sepanjang tempoh saya mengetuai biro berkenaan sejumlah lebih kurang 28 Titah telah kita pantau dan susuri termasuk Titah-Titah lawatan Baginda yang tidak berjadual ke Kementerian-kementerian dan Jabatan-jabatan Kerajaan sepanjang tahun 2020 dan awal tahun 2021 ini . Sehubungan dengan itu saya menyeru dan menghimbau kepada seluruh kepimpinan dan ahli-ahli parti agar dapat sama-sama menunduki dan membaca serta memahami setiap rencana menyusur Titah yang telah dimuatkan kedalam blog, facebook dan whatapp group agar kita semua peka akan maksud yang diangkat dan semoga kita dapat memahami setiap apa yang dititahkan oleh Baginda mengenai dengan perkembangan semasa dan yang belaku dalam negara yang menyangkut dengan kepentingan rakyat, bangsa dan negara " jelas beliau.

 

Turut berucap juga didalam pelancaran tersebut ialah Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus . Beliau turut memuji usaha usaha dikalangan penganjur program tersebut yang terdiri dari ketua ketua Biro dan Himpunan telah membuktikan komitmen yang begitu baik .

 



Pelancaran program tersebut telah di sempurnakan oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden Parti Pembangunan Bangsa Saudara Pg Hj Zainal Bin Pg Talib . Acara diakhiri dengan bacaan surah Wal-Asr beramai ramai. Rombongan seterusnya bergerak ke kediaman salah seorang ahli di Lorong 3, Seria di kediaman Saudara Hj Tengah Bin Hj Matamit . Program Menyusur Desa dan Pesisir Sungai seterusnya akan diadakan dalam masa terdekat ke Daerah Brunei Muara , Tutong dan Temburong.


Menjunjung Titah Membangun Bangsa

Galeri










































Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA