MESYUARAT MAJLIS TERTINGGI BULAN DISEMBER 2020

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 81     Keluaran 30hb Disember 2020  


MESYUARAT BULANAN MAJLIS TERTINGGI DISEMBER 2020

 

Limbaruh Hijau Rabu, 30hb Disember 2020 Pada petang tadi mesyuarat Majlis Tertinggi telah diadakan di Anjung Syura Markas Pusat Parti Pembangunan Bangsa. Mesyuarat rutin ini adalah mesyuarat terakhir bagi penutup tirai tahun 2020. Mesyuarat dihadiri oleh Ahli Ahli Majlis Tertinggi.


Mesyuarat di mulakan dengan bacaan Surah Al Fatihah yang di ketuai oleh TYT Pemangku Presiden Pg Hj Zainal Bin Pg Talib sendiri yang juga mempengerusikan mesyuarat tersebut. Di dalam mukadimah Pemangku Presiden, beliau mengucapkan tahniah kepada seluruh Ahli Majlis Tertinggi di atas sokongan dan komitmen yang diberikan didalam menjayakan segala program yang telah di rancang dalam tahun 2020, beliau juga berharap seluruh barisan kepimpinan terutama Ahli Ahli kepimpinan Majlis Tertinggi akan lebih kehadapan dalam berhadapan dengan isu isu yang lebih mencabar.

Mesyuarat juga mendengarkan laporan kegiatan kegiatan yang mengambil tempat sepanjang bulan Disember dan rancangan yang akan mengambil tempat pada tahun hadapan. Selain dari laporan Setiausaha Agung, mesyuarat juga mendengarkan laporan dari Bendahari Agung, Naib Naib Presiden Daerah serta laporan dari Ketua Ketua Biro. Mesyuarat juga telah mengambil beberapa keputusan yang telah dilulusakn didalam Mesyuarat Dewan Harian yang telah diadakan pada 28hb Disember yang lalu. Mesyuarat seterusnya akan diadakan pada tahun hadapan 2021.


 

Menjunjung Titah Membangun Bangsa





















 

Galeri 

Ulasan

  1. Alhamdulillah.. Tahniah kepada yang hadir hari ini, apapun yang di terangkan TYT Timbalan Presiden itu tadi dalam Permasyuaratan membawa arah kemajuan begitu juga YM Setiausaha Agung untuk di kongsikan ke Majlis Tertinggi sangat bermanfaat bagi Semangat Kepimpinan hari ini untuk mendatang dan yang hadir merasa berterima kasih dan Kepimpinan hari ini, tidak lupa mengucapkan Selamat Tahun Baru, tahun 2021 kepada, Ahli Majlis Tertinggi. Tahniah di ucapkan.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA