MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 15 TAHUN 2020 , PENYAMPAIAN SIJIL

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa

Bil 80     Keluaran 30hb Disember 2020 



MAJLIS PENYERAHAN LAPORAN KONGRES AGUNG TAHUNAN KE 15 TAHUN 2020 ,   PENYAMPAIAN SIJIL PENYERTAAN PERWAKILAN KONGRES DAN SIJIL PENGHARGAAN


Limbaruh Hijau Rabu , 30hb Disember 2020  Majlis Penyampaian Sijil kepada Perwakilan Perwakilan di Kongres Agung Tahunan Ke 15 telah diadakan di Anjung Syura Markas Pusat Parti Pembangunan Bangsa, Jerudong.

   

 



Majlis dihadiri oleh Ahli   Ahli Majlis Tertinggi dan EXCO ketiga tiga himpunan. Majlis dimulai dengan Penyerahan Laporan Kongres Agung Tahunan Ke 15 oleh Timbalan Pengerusi I  , Saudara Hj Abdullah Bin Hj Silim yang menyerahkan kepada Setiausaha Agong Saudara Ahmad Bin Hj Timpus dan seterusnya laporan tersebut diserahkan kepada Pengerusi Tetap Parti Pembangunan Bangsa Saudara Hj Abd Rahman Bin Md Yusof yang kemudiannya menyerahkan kepada Pemangku Presiden Saudara Pg Hj Zainal Bin Pg Talib.






Laporan tersebut merupakan rumusan dan laporan Kongres Agung Tahunan Ke 15 yang telah berlangsung dua hari pada 19-20 Disember 2020 bertempat Di bangunan Ibu Pejabat Persekutuan Pengakap Negara Brunei Darussalam.

 

Sementara sijil sijil penyertaan perwakilan dan sijil penghargaan telah di sampaikan oleh TYT Pemangku Presiden Pg Hj Zainal Bin Pg Talib kepada seluruh perwakilan di Kongres Agung yang lepas dan Jawatankuasa Panatia Kongres Agung Ke 15 pada tahun ini.


Menjunjung Titah Membangun Bangsa


Galleri








































Ulasan

  1. Taniah semua yang terlibat dalam mengungkayahkan Kongress Agong Tahunan yang ke 15
    tidak adako gress tanpa biskita

    BalasPadam

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA