KUNJUNGAN KEPIMPINAN KE KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI
Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa
Bil 62 keluaran 26hb November 2020
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
KUNJUNGAN KEPIMPINAN KE KEMENTERIAN KEWANGAN DAN EKONOMI
Limbaruh Hijau, Khamis 26hb November 2020 Hari ini rombongan kepimpinan Parti Pembangunan Bangsa telah berkunjung ke Kementerian Kewangan. Rombongan seramai empat orang yang diketuai oleh Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden Pengiran Haji Zainal bin Pengiran Haji Talib dan diiringi oleh Setiausaha Agung Ahmad bin Hj Timpus , Naib Presiden Daerah Temburong Haji Zaini bin Bakar serta Ketua Biro Kajian Dasar dan Strategik Mohd Abihu Rairah bin Ghazali.
Ketibaan rombongan telah disambut oleh Setiausaha Tetap (Ekonomi) Yang Mulia Dr. Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin dan Setiausaha Tetap Industri Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani serta beberapa orang pegawai di kementerian berkenaan. Pertemuan tersebut merupakan satu titik sejarah , ikatan silaturrahim , jalinan antara kementerian berkenaan dan Parti Pembangunan Bangsa.
Perjumpaan singkat yang berlangsung
selama satu jam itu telah dimulai dengan mukadimah perkenalan dari pihak Parti
Pembangunan Bangsa, Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden manakala pengenalan
latar belakang parti telah disampaikan oleh Setiausaha Agung Parti Pembangunan Bangsa.
Penerangan ringkas mengenai perancangan kehadapan Kementerian Kewangan dalam mempelbagaikan sumber ekonomi (Ekonomi Blue Print) telah disampaikan oleh Yang Mulia Dr. Hajah May Fa’ezah binti Haji Ahmad Ariffin sementara Pengiran Hajah Zety Sufina binti Pengiran Dato Paduka Haji Sani telah menerangkan mengenai dengan perancangan infrastruktur (Industri Route Map) yang menumpukan kepada lima perkara asas.
Ulasan
Catat Ulasan