ISTIADAT PENGIBARAN BENDERA SANG SETIA KALI KE 16 TAHUN 2020
Terbitan Arkib
Parti Pembangunan Bangsa
Bil 64 Keluaran 1hb Disember 2020
PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
ISTIADAT PENGIBARAN BENDERA SANG
SETIA KALI KE 16 TAHUN 2020
Acara dimulakan dengan perarakan masuk pasukan barisan pembawa
Bendera Sang Setia yang terdiri dari 3 orang ahli dari kalangan pemuda dan 3
orang ahli dari puteri serta Ketua Perbarisan, Saudara Abd Razak bin Hj Abd
Latif . Sebaik sahaja pasukan barisan mengambil tempat masing masing, Pengerusi
Istiadat Pengibaran Sang Setia Kali Ke 16 Tahun 2020, Saudara Ali bin Ahad
mengalu alukan ketibaan Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden, Pengerusi Tetap
Kongres, Pengerusi Lembaga Penasihat dan Setiausaha Agung. Bacaan Surah Al
Fatihah dan Doa Selamat dibacakan oleh Ketua Biro Hal Ehwal Agama Pusat,
Saudara Hj Suliman bin Hj Duraman.
Sebaik sahaja selesai doa dibacakan Ketua Perbarisan mengambil
tempat dan seterusnya mempersilakan Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden untuk
turun dari dari pentas khas bagi Istiadat Penaikan Bendera, diiringi oleh Ahli
Ahli Lembaga Penasihat dan Ahli Ahli
Majlis Tertinggi.
Sejurus selesai acara kemuncak Istiadat Penaikan Bendera Sang
Setia telah diteruskan dengan ucapan Pengerusi Istiadat Penaikan Bendera,
Saudara Ali bin Ahad. Dalam ucapan alu aluannya, beliau mengucapkan ribuan
terima kasih pada tetamu tetamu yang hadir pada acara tersebut, diikuti dengan
ucapan Tetamu Kehormat Tuan Yang Terutama Pemangku Presiden Pg Hj Zainal bin Pg
Hj Talib. Beliau mengimbas kembali kenangan selama 15 Tahun acara ini yang tidak
pernah dilupakan semenjak Parti ini ditubuhkan.
Menjunjung Titah Membangun Bangsa
Galeri
Ulasan
Catat Ulasan