MESYUARAT BULANAN AHLI AHLI MAJLIS TERTINGGI BAGI BULAN OKTOBER

 

Terbitan Arkib Parti Pembangunan Bangsa 

Bil 55  keluaran 1hb Nov 2020


PARTI PEMBANGUNAN BANGSA
MENJUNJUNG TITAH MEMBANGUNAN BANGSA


MESYUARAT BULANAN AHLI AHLI MAJLIS TERTINGGI BAGI BULAN OKTOBER


Limbaruh Hijau, 1hb November Mesyuarat Majlis Tertinggi bulanan telah diadakan pada Hari Sabtu 31hb Oktober 2020 . Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh TYT Pemangku Presiden Saudara Pg Hj Zainal bin Pg Talib yang juga selaku Timbalan Presiden Parti Pembangunan Bangsa, NDP. Mesyuarat telah dihadiri oleh Naib Naib Presiden serta Ahli Ahli Majlis Tertinggi.

Mesyuarat diawali dengan Bacaan Surah Al Fatihah yang di pimpin oleh Saudara Hj Suliman bin Hj Duraman, Ketua Biro Hal Ehwal Agama dan Doa selamat bagi memohon keberkatan dan kemudahan dalam permesyuaratan berlangsung. Ucapan alu2an dari pengerusi mesyuarat tersebut mengucapkan terima kasih kerana memberikan waktu untuk hadir pada hari ini . Dalam permesyuaratan tersebut seperti lazimnya mendengarkan laporan dari Setiausaha Agung, Bendahari Agung, Naib Naib Presiden di ke empat daerah serta dari Biro Biro nya. Dalam laporan Setiausaha Agung, Saudara Ahmad bin Hj Timpus telah mengongsikan beberapa kegiatan kegiatan yang berlangsung disepanjang bulan Oktober ini serta memaklumkan keputusan yang telah dibuat dalam mesyuarat Dewan Harian yang baru berlalu pada 3 hari lepas. Laporan Bendahari Agung, Saudara Mohd Abdullah Peter bin Abdullah Saging pula pada laporannya menyatakan baki kewangan terkini termasuk wang derma dari ahli ahli pada hari ini.


Manakala laporan dari Naib Naib Presiden ke empat empat daerah pula melaporkan telah pun  mengadakan Kongres Agung Tahunan ke 15 Badan Perhubungan Daerah masing masing yang di adakan di Anjung Syura, Markas Pusat Parti Pembangunan Bangsa pada tarikh yang berasingan kecuali Daerah Brunei Muara dan Daerah Temburong mengadakan pada tarikh yang sama tapi waktu yang berlainan. Badan perhubungan Daerah Belait pula telah mengadakan Kongres Agung Tahunan ke 15 nya di Pusat Kegiatan NDP, di daerah berkenaan.







Dalam mesyuart hari ini juga, TYT Pemangku Presiden Saudara Pg Hj Zainal bin Pg Talib telah menyerahkan surat lantikan kepada Saudara Ali bin Ahad yang telah terpilih pada mesyuarat yang lalu menjadi Pengerusi Istiadat Penaikan Bendera Sang Setia kali ke 16 pada tahun ini.



Galeri











Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Parti Pembangunan Bangsa menghantar warkah Kehadapan Majlis Ke-bawah Duli Yang Maha Paduka Seri Baginda Sultan Dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN KE 37 PARTI PEMBANGUNAN BANGSA

NDP MENGHULUR BANTUAN KEPADA MANGSA MUSIBAH KEBAKARAN RUMAH DIKAMPONG MATA-MATA