MENYUSUR TITAH KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SHALLALLAH ‘ALAIHI WASALLAM TAHUN 1442 HIJRAH /2020 MASIHI.
MENYUSUR TITAH DULI YANG MAHA MULIA SEMPENA SAMBUTAN MAULUD NABI MUHAMMAD SALLALLAHU ‘ALAIHI WASSALAM TAHUN 1442 HIJRAH /2020 MASIHI.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) Menjunjung kasih diatas Titah KDYMM Sempena Sambutan Maulud Nabi Muhammad Sallallahu ‘Alaihi Wassalam tahun 1442 Hijrah/2020 Masihi. Pada intinya Parti Pembangunan Bangsa turut bersetuju akan Titah KDYMM dan turut menyanjung akan sikap rakyat yang mengamalkan budaya sabar dalam menghadapi ujian getir untuk berhadapan dengan wabak coronavirus dan tetap mematuhi arahan dan peraturan kerajaan.
KDYMM juga bertitah mengenai akhlak adil, akhlak berani, akhlak sabar, akhlak ta’at, akhlak amanah dan seumpamanya adalah ajaran yang ditunjukan oleh Rasulullah SAW dalam mengisi peribadi - peribadi para sahabat Baginda dan kemudian barulah Rasullullah membangun negeri.
KDYMM turut mengaitkan dengan tema sambutan pada tahun ini iaitu, “Membangun Dengan Akhlak Nabi Muhammad SAW. KDYMM juga mengambil contoh, antara akhlak-akhlak Rasulullah ialah 'mengharamkan rasuah' Sekiranya akhlak ini dipakai dan berjalan mantap dalam Negara , maka sudah tentu ia akan menjanjikan sebuah negara yang sejahtera lagi bahagia.
Parti Pembangunan Bangsa (NDP) pada keseluruhannya menyokong penuh apa yang telah KDYMM Titahkan dan berharap ia akan menjadi dasar dalam pentadbiran dan pemerintahan Negara dan jika ia terealisasi maka akan mudah Negara menuju Baldatun Thoiyibatun Wa Rabbun Ghafuur.
Dalam pada itu Parti Pembangunan Bangsa (NDP) sekali lagi menyarankan Soal Rasuah ini adalah harus menjadi prioriti pihak kerajaan memandangkan sejak akhir akhir ini disetiap lawatan KDYMM yang tidak berjadual sangat sering mengungkapkan soal kecurigaan Baginda terhadap salah laku dan penyelewengan.
Bertitik tolak dari Titah KDYMM ini NDP berharap akan ada perubahan sikap dan sifat berlapang dada dan keterbukaan dari semua pihak untuk sama-sama bertanggungjawab terhadap bangsa dan Negara yang kita cintai ini , semua pihak tidak harus tertinggal dan ditinggalkan dalam membangun Negara.
Ulasan
Catat Ulasan